Saturday, December 24, 2011

Kelapangan sedikit

Bila berfikir macam-macam akan timbul, bestkan jadi kanak-kanak dulu, tak perlu susah untuk berfikir masa akan datang, dalam kepala asyik fikir main je. "mane tawan-tawan iter mase tecik dulu? hmm... Seronok sangat masa tu, saye la orang yang paling bahagia dengan dunia saye sendiri.. Tak ade siapa pon yang mengganggu, haha.

Sekarang saye dah besar, berat saye 43kg & tinggi 158cm di saat umur 22thn 1 1/2bln. Tapi org panggil saye papan, teruk org tu, jangan risau coz saye tak ambil hati pon,hehe. Kenyataan saye memang kurus berbanding waktu sekolah dulu. Ala, tak menjejaskan kesihatan saya pon walau kurus.

Di saat saye dewasa, hidup menjadi semakin rumit, serumit rambut afro.. Walaupon ia merumitkan hati tapi saye tetap kena tempuh dengan hati yang tenang. Kawan-kawan tecik dulu sukakan saya,sekarang dah besar & masing-masing sudah berpunya, tapi saye still begini..haha~

Semakin saye dewasa, semakin saye kenal dunia, semakin saya berhati-hati. Bukan saya tak pernah couple tapi saye takut kecewa, akhirnya tindakan saye adalah tak perlu bercouple kerana saye tak pecaya pada lelaki(kini).. Opsss,sorry ini adalah kenyataan yang saye alami, keciwa tapi itu pengalaman saye, ahakz....

so sekarang, mereka tak perlu terlalu jujur untuk katakan "saya suka awak" kerana itu membuatkan mereka jauh dari saye, lebih baik mereka simpan dalam hati sahaja kerana mungkin saya akan mengecewakan dia sebelum dia kembali kecewakan saye.. Di saat ini saye tak jumpa lelaki yang paling jujur dalam dunia untuk memberikan kejujuran hatinya hanya untuk saye. Saye bukan memilih,tapi saya nak bahagia selamanya.

Boleh tak seseorang muncul dalam hidup saye untuk bawa saya ke jalan yang saye ingin tuju? boleh tak seseorang hargai saya dan bimbing saya hanya pada agama ALLAH.. boleh tak seseorang datang dan membawa kesetiaannya hanya kepada saye?? Mungkin itu paling merumitkan di zaman ini tapi ia juga tak mustahil... Tawakkaltualallah.....

Suatu hari nanti,saye teringin sangat pakai baju yang lebih cantik dengan keadaan yang paling tertutup. Menjadi sebaik-baik wanita di sisi PENCIPTA dan yang paling penting anak yang solehah... Boleh ingatkan & bimbing saya ke arah itu.... Semoga ALLah memberi sejuta hidayah agar kita kembali kepada-NYA

p/s: sebenarnya hidup ini paling indah jika kita pandai menghargai masa-masa itu tanpa melalaikan perintah-NYA..

Friday, December 23, 2011

Kekasih..

Ya Allah,
seandainya aku jatuh cinta,
cintakanlah hatiku kepada insan yang menyintai-MU,
agar cinta kami sentiasa menjadi satu,
membawa cinta kami kepada cinta yang teragung..

Ya Allah,
Seandainya dia untuk diriku,
dekatkan hatinya untuk mengenal erti ketenangan-Mu,
supaya hatinya terpaut pada keindahan ciptaan-Mu,
dan kekalkanlah keindahan itu sehingga ke akhirnya,

Ya Allah,
seandainya dia tercipta untukku,
ciptakanlah hatinya dengan keimanan untuk-Mu,
agar dia membimbing hatiku untuk mendekati-Mu,
semoga kami tidak lalai dari mengingati-Mu.....

Saturday, November 5, 2011

waiting 4 my day...huhu~


final countdown....3,2,1..it's my day..ahakz


wish:-
1) saya harap nanti saya dapat masuk syurga dengan senang, so saya tak boleh lupa
pada Pencipta saya.

2) Semoga saya jadi hamba yang patuh pada ALLAH, anak yang baik untuk ibu bapa, sahabat yang disayangi oleh teman dan insan yang sempurna.

3) Nak jadi baik tu bukan senang dan nak jadi susah tu bukan susah.. tapi saya cuba untuk memilih bukan senang untuk jadi lebih sempurna. Cuba untuk menjadi baik..

3) Semoga saya dapat seorang yang boleh bahagiakan saya untuk selama-lamanya,hehe~

Semoga di setiap hari-hari saya penuh ceria n gembira. Seyes saya sayang mereka yang sentiasa bersama saya dulu,sekarang dan akan datang..............



untuk anda:
saya suka anda dan anda dan anda,
anda menceriakan hari- hari saya,
tapi maaf,
saya tak boleh terima siapa-siapa untuk sekarang,
sebab saya rasa semua tak perlu untuk seketika
lebih bahagia begini sekarang,
"AWAK" tu belum betul-betul muncul dalam hidup saya,
even saya rindu seseorang dan sentaisa menunggu,
tapi saya belum sedia....... =)




untuk diri saya:- beberapa minit lagi saya dah nak masuk 22-tahun..haha saya main dewasa sekarang...semoga saya gembira di dunia, tak lupa pada akhirat...amin=)

Wednesday, October 19, 2011

Camne nie..

Honestly, saya benci manusia yang bernama lelaki. Not for a few moments tapi berpanjangan, lepas 2 tahun, 5 bulan pula datang. Seyes saya benci sampay tak tahu nak cakap macam mana lagi. berfikiran negatif sehingga terfikir lelaki hanya permainkan saya. Dasyat,hehe~

But one day in a future,I'm should marry with someone whose called "man"......
Hhmmm, still trying, still trying and trying...

Ya ALLAH, temukan daku seseorang insan yang hatinya hanya tertaut pada cintaku dan membawa cintanya dekat pada-MU ya Rabbi...

Tuesday, October 18, 2011

....counter clockwise......

so boring, fuh... that's y i'm waiting for something. Hmmm, something can make me happy, not for lonely. How the way that i can try to find all the happiness and make all people laughter together. Well, i'm trying as well as i can.

Sunday, October 16, 2011

...DIA RATU HATI SAYA...

dia ratu hati saya,
paling sempurna kat dunia,
sayang sangat kat dia.
kalau saya sakit dia selalu susah hati,
padahal sakit saya hanya biasa.

Dialah ratu hati saya,
saya nak luangkan banyak masa bersamanya,
Saya nak selalu di sampingnya,
saya nak bersamanya sampai akhir hayat.

Saya dah besar,
tapi dia selalu ingatkan saya,
macam saya masih kanak-kanak,
kadang-kadang saya tersenyum sendiri,
gembira dengan perhatiannya,
dia sayang saya.

Dia tetap ratu hati saya sehingga akhir hayat,
saya sayang dia,
kan best kalau sakit dia boleh transfer kat saya,
biar saya yang tanggung kesakitan dia.
saya sayang sangat-sangat kat ratu hati saya.....


***Hari ni saya dapat MC, tapi saya dah okey dari allergy, alhamdulillah sempurna. Saya boleh bersama emak tersayang, bawa dia pergi pasar, beli makanan dan keperluan, saya yakin mak lebih selesa ke sana ke mari dengan saya coz saya masih bujang,hehe~ Untuk mak, pergilah kemana mak nak pergi, saya sanggup bawa, seyes coz sementara mak ayah ada, saya nak luangkan banyak masa dengan mereka. SAYANG SAYA HANYA UNTUK MAK & AYAH....


**Untuk MAK & AYAH<------ Sepanjang usia saya, terasa banyak sangat berdosa dengan mak ayah, kadangkala saya terlupa apa yang mak ayah suruh, banyak sangat alasan. Maafkan anak mu ini andai kata pernah mengguris hati. Terima kasih mak, terima kasih ayah kerana besarkan saya dengan sempurna..

Saturday, October 15, 2011

HidUp & mAti

allergy pada ubat + seafood, habok,
bila penat saya demam,
tubuh makin lemah bila tiap-tiap bulan demam.
Cepatnya nk rebah ke bumi,
Bila saya sihat, saya happy sangat.

dua hari lepas da kena inject kat lengan kiri,
hari ni still rasa berat kat sebelah tangan,
tadi pulak mata masuk habok,
hhhmmm, doktor lagi... penat...

Tiap-tiap bulan pasti ade sakit datang,
dan tiap bulan juga saya jumpa doktor saya,hehe~
tapi saya kena syukur,
sebab setiap yang berlaku adalah kehendak-NYA,
ada hikmahnya,
sakit itu penghapus segala dosa-dosa kecil.

Mak,
lepas balik klinik tadi saya tidur,
mata kanan saya sakit,
tapi sebelum tido saya dah mkn ubat,
sebab tu saya rasa ngantok sangat,
maaf saya tak sempat habis tolong mak kemas rumah,
ngantok,ngantok, Zzzzzzzz......

Dah asar saya tersedar,
subhanallah lama sangat saya tido,
kesian mak,
tak kejutkan saya sebab tau saya tak sihat,
saya tak keluar bilik tadi sebab mata kiri saya lak bengkak,
allergy ubat lagi, tapi Alhamdulillah saya tak terok...

Tak sampai sebulan lagi usia saya masuk 22 tahun, sepanjang hidup ni banyak yang saya boleh rasa.. Gembira sehingga ketawa, sedih dan terus menangis, marah kemudian berdiam diri. Tapi yang paling buat saya tersedar adalah tentang kesakitan.

MATI itu pasti dan perkara yang mengingatkan kematian adalah sewaktu mengalami kesakitan. Ya Allah, saya takut mati, saya paling takut. Syukur kerana turunkan kesakitan untuk hambaMu ini agar hambaMu mengingati kematian di mana setiap orang akan merasainya

..sAya ini tiDaK SEmPuRnA..

Saya berdiri sambil melihat sekeliling. Saya tak Bahagia?? Seyes saya kalah. Saya tak secantik wanita yang begitu cantik. Saya memang tak pernah merasa sempurna. Tapi seharusnya saya bersyukur kerana saya cukup segalanya.

saya cuba untuk mencari kesempurnaan itu, tapi terkadang saya makin buntu. Siapa yang boleh bantu saya untuk menjadi lebih sempurna. Kesempurnaan itu pada dasarnya diriku, kehidupanku dan paling penting agamaku.


....................DIRIKU............................
Seorang insan yang merasakan diri yang terlalu rendah berbanding dengan sahabat yang lain,terasa diri ini kerdil bila berhadapan dengan sekeliling. Terdetik di hati "aku tak secantik die, tak pandai bergaya dan tak suka ber"make up" like a colourful of rainbow,hehe..oleh kerana itu kamu memilih die". sehingga di suatu waktu saya menangis dan terus mengalirkan air mata, penat sangat. Apa yang ada pada diri saya jika tiada agama yang 1. Pasti hati ini kosong tanpa haluan hidup. Saya seorang wanita yang cuba untuk mencari kesempurnaan.

..................KEHIDUPAN.........................
Saya ada famili, lengkap. Ada mak,ayah,kakak,abang & adik. tapi masih ade yang tak sempurna. Saya mencari sebuah kehidupan yang membawa ketenangan.
hidup kita macam roda, kadang-kala kita di atas tapi kadang-kala kita di bawah. Sentiasa alpa dan leka bila dapat kemewahan kemudian tunduk ke bumi dan mengeluh apabila di timpa kesusuhan. Sesungguhnya manusia itu mudah berubah. Ya, itu diri saya. kadangkala saya lupa untuk bersyukur, arghh saya ini lupa pada nikmat kehidupan.Subhanallah, ampuni aku:'(

Allahu Rabbi, cukuplah agama Islam menjadi peneman untuk kesempurnaanku......

Thursday, October 13, 2011

...Saya happy hari ni....

Waktu untuk SAYA,ditulis dalam ENTRY 12/10/2011..

8.o3 a.m until 8.34a.m

Drive menuju ke opis,singgah kat 1 gerai kuih kat taman, beli nasi kerabu. Menuju ke tempat & Terus pakai safety shoes kemudian masuk ke pantry utk breakfirst... Sowie terlebih 4 minit bos, Cepat-cepat turun workshop untuk daily briefing, "Safety First" haha, kemudian naik semula tangga menuju ke Engineering + Account department, seperti hari-hari biasa, dengan kerja-kerja yang sedia menunggu serta berhadapan dengan kawan-kawan dan kakak tersayang. Seronoknya saya.............

8.35a.m until 12.00a.m


Cari quotation untuk Ms. K.K.C, DO supplier kemudian turun kebawah dan naik ke atas, duduk di tempat, siapkan kerja sambil bercerita isu semasa..haha` TUT2 dah pukul 12.02p.m, LUNCH HOUR,CEPAT-CEPAT,nanti bazir masa,ngeee!!!!! Ibu Ani lokasi pilihan.

1.00p.m until 3.30p.m


Masuk ke opis sambil berpeluh tapi kenyang. Buat kerja jap, pastu my laupan ajak g "SHOPPING" kat pasaraya. Beli kelengkapan pantry kat opis. Igatkan boleh beli semua, rupanya tut-tut...haha~ save his money. Sambil membawa troli sehingga ke opis,parking depan workshop. Ala, kerja untuk bulan ini tak banyak.


3.31p.m until 5.50p.m


Saya tak tahu nk tagging walkie talkie guna no baru or hanya replace, last-last laupan bising dan last decision, tagging no baru..fuh, itu amat menyulitkan. Label printer & paint marker jadi pilihan. Bersama kawan paling best ZUZa & klakar Sof. PENAT tapi GEMBIRA. Arghh!!sakit pewot,angin coz minum tea tarik, kemuadian saya allergy, packing handbeg dan terus ke Klinik, Dr. Perempuan tu baik, tapi saya kena inject,haha terkena tulang, skitnye. Hmm, should be SYUKUR tau, Bengkak allergy makin surut, kesian tangan kiri,terasa berat. Kembali ke opis & ambil budak tecik (Mek ngoh) kemudian terus ke rumah.. Ngantok saya lepas effect ubat!!!!


6.10p.m until 7.47p.m


Malam ni dah janji dengan Mr.WKS, Zuza,Kak Syak,Mek ngoh,Erick, Mr.FBH untuk berbowling..hmmm,rehat seketika sambil merenung mata, pakai spet je nanti. Capai tuala terus mandi dan memilih untuk pakai jeans,T-shirt biru + sweater bertopi & tudung berbunga biru. Siap dan menunggu Kak Syak tersayang menjemput saya dan angoh.

8.00p.m until 1147p.m


arrive to Mesra Mall, sowie lambat 30 minit,hehe. Dengan kekuatan tangan kanan menghayun bola seberat 10kg, hebat!!!
Biar bola saya sukakan longkang, tapi saya gembira sehingga game ke-2 saya dapat juara no.2, seronok.. JOM MCD,Double Cheese Burger+ ice lamon tea. Kenyang bangat perut ini. Dah tiba masa pulang. Saya dapat MC esok coz allergy,tapi mungkin pergi kerja nanti. Hmm, thanks a lot untuk Kakak,sahabat,Teman dan semua yang gembirakan hati saya hari ini.


note:- Mereka yang gembirakan saya pada 12/10/2011 " Kak Syak, Abg Zaha, ZURAI, Angoh, Erick, Mr.WKS, Mr.FBH & Familinya..Seyes saya happy even saya tak larat hari nie~

YA ALLAH,syukur atas kebahagiaan yang Engkau berikan kepada hambamu ini.

Tuesday, October 11, 2011

InGin SayA

Ingin saya jadi SEMPURNA. Sempurna pada akhlak, diri sendiri dan paling sempurna di mata semua. Hakikatnya saya tak mampu gembirakan semua yang berada di samping saya. Tersedar saya bahawa diri ini tidak sempurna. tidak sesempurna Siti Aisyah, tidak setabah Siti Khadijah. Jauh di sudut hati saya pasti tidak sempurna.

DULU saya leka dan alpha dengan kehidupan yang meningkat remaja, tidak tahu kemana haluan hidup. Kadang-kala hati ini menjadi kosong ibarat daun kering dan lalang yang terbang di tiup angin. Nah, beginikah hidup yang sempurna??
Ayah dan mak tak pernah mengeluh untuk mengajar anak yang begitu degil ini. Tak pernah mengalah untuk mendidik saya menuju kehidupan yang sempurna, diiringi panduan agama yang satu. tapi hati saya selalu berubah melihat dunia yang penuh penipuan,penuh dengan dugaan. YA, TERKADANG SAYA LUPA kerana saya ini manusia yang lemah. Saya ini insan yang banyak berdosa kepada semua....

SEHINGGA suatu waktu ketika meningkat dewasa, saya terfikir untuk memilih sama ada mencari KESEMPURNAAN yang membawa ketenangan atau terus hanyut dalam dunia yang penuh dengan khayalan. Terus mencari dan mencari sehingga ketenangan itu muncul kembali dalam diri, saya sudah menjumpai KETENANGAN. Mak ayah, terima kasih yang teramat kerana tak pernah jemu membimbing saya untuk terus hidup di dunia dan mengingatkan saya tentang akhirat.


MAK,AYAH.......
tahu tak anakmu ini ingin berubah menuju kebaikan. Ingin berada pada jalan yang satu. Saya nak jadi sempurna macam mak dan ayah. Saya takut mati, seyes saya takut. Oleh kerana itu saya memilih untuk kembali ke tempat asal. Islam agama saya, ALLAH itu TUHAN yang satu, dan Nabi Muhammad itu penghulu segala manusia,pesuruh ALLAH.

Ys ALLAH............
Peliharakan la hati saya,mak dan ayah, famili dan orang yang saya sayang agar tidak terpesong ke arah yang lain. Lindungi kami dari segala godaan dan permudahkan la jalan menuju-MU ya RABBI

Sunday, October 9, 2011

Kat sini saya tulis

tik.tok tik.tok....cepatnye masa berlalu sampai suatu saat saya tak sedar masa itu telah pergi dan saya telah biarkan masa-masa itu berlalu begitu sahaja...sehingga saya terfikir nk jadi sempurna itu bukan senang.....

"NAK JADI SEMPURNA ITU BUKAN SENANG"


seyes saya mengaku saya tak cantik macam mereka yang bernama wanita,
tapi saya takut untuk jadi cantik,
saya tak sempurna kerana saya tak secerdik dan pandai mereka,
tapi saya masih boleh berfikir untuk memilih jalan sempurna.

Lelaki,lemah pada kecantikan wanita,
Saya tak secantik mereka, saya tak bergaya macam mereka,
saya memilih untuk berubah menjadi natural,
terlalu ramai wanita yang begitu cantik,
jadi dia memilih untuk tinggalkan saya sekarang,
hakikatnya lelaki perlu tahu kecantikan hanya sementara.

**suatu ketika wanita akan ramai, tapi adakah kami betul-betul seorang wanita yang sempurna pada agama-NYA. Saya tak nak jadi perempuan yang lupa pada tempat asalnya.

CATATAN UNTUK DIA--->
Thanks coz tinggalkan saya kerana kamu tak mampu bimbing saya menuju ke jalan-NYA. Saya pernah menyesal terima kamu tapi hakikatnya saya lebih matang untuk berhadapan yang lain. Kamu memilih dia kerana kecantikan pada zahirnya, bukan pada agamanya. Saya pernah lupa siapa saya, saya pernah alpa dan leka dengan setiap yang berlaku di dunia remaja, saya terlalu jahil tapi saya menetapkan untuk pergi dari sisi kamu kerana saya memilih untuk mencari kecantikan hakiki, kesempurnaan sejati, dapatkan keredhaan ILahi. Saya belajar dari masa yang lalu~ Hakikatnya saya benci pada LELAKI...

WANITA ITU:
thanks a lot for da calling last moment, juga berterus terang mengatakan yang benar. Tolong ingatkan die pada agama-NYA kembali. Melihat anda begitu cantik bila di pandang, lagi cantik bila bertudung. Hiasi diri anda dalam keadaan sopan.

note:-
Banyak sangat masa yang telah saya bazirkan sebelum ini, terkadang saya benci pada diri sendiri, kerana tak pernah berhati-hati. saya mencari seorang yang boleh membawa saya menuju ke jalan-NYA. Tapi saya belum jumpa. BUNTU!!

Monday, October 3, 2011

hate u


I hate your name,
I hate your walking life,
I hate your voice,
all about hating for you.

i hate you damn much,
because of you make my life so darkness,
you leave me alone,
not for a few moment but forever.

How can I say that I hate you much more,
hate you like crazy,
much more than insane,
So I hate you........


because of you i'm always cry,
because of you i'm hating all people,
because of you i'm never thinking about superman this time,
and because of you my life should be strong...

Now, i'm happy with my friends,
they give me more since you leave me alone,
yeah, you leave me forever,
but i'm actually happy than you right now....


to my Friends,
Thanks you because make my life sweet more than gula-sula sposen, believe that my friendship never ending until my life well be gone.. Please walking togather even you all so far from me.. Be strong first yeah.. Should be trying, trying and never crying, cayyok!!

Thursday, September 29, 2011

Hatiku Celaru...

Terpaku mencari haluan,
mana jalanku,mana tempat untuk di tuju??
Daku masih buntu memikirkannya,
apatah lagi menyelesaikannya,
Arghh, daku bertambah celaru...

sibuknya daku mencari dunia,
sehingga suatu saat hatiku mulai kosong,
ibarat tin kosong yang bergolek-golek di jalanan,
tak tahu mana nak tuju.
Daku ini celaru...

hey,
tahu tak semua,
hati daku kosong yang termat,
daku ingin gembira,daku ingin bahagia,
seperti teman-teman yang di sayangi,
tapi daku masih buntu,
mencari sesuatu yang tidak menyepikan hati ini,
ternyata daku masih belum ketemu,
makin celaru......

Suatu ketika daku merenung tempat asalku,
Ya,seharusnya daku kembali ke pada-NYA,
bersujud memohon keampunan dari segala dosa,
meminta supaya sentiasa berada dalam landasanNYA,
Jawapan untuk kecelaruan....

Dan,
sehingga suatu hari, daku ketemu semula keindahan itu,
hidupku kembali menjadi tenang,
setenang air di lautan,
Daku bahagia walau berseorangan,
kerana ku tahu,yang ada bersamaku hanyalah DIA,
Maha Pencipta sekelian makhluk-NYA..........


Terima kasih ya ALLAH, hilangkan kecelaruan & datangkan ketenangan......

Saturday, September 24, 2011

H.a.r.i_b.o.r.i.n.g_d.i.a

dia cakap kdg2 hidup single ni best tapi kdg2 terasa sunyi. macam mane nie?? susah nyer.. Orang cakap dia suka memilih tp hakikat nyer skrg dunia mmg perlu memilih, t'slh pilih nanti merana.. tak memilih & selalu setia,dia tak pena bahagia.. statement sekarang "NO MAN IN LIFE".. tapi last2 dia kena kawin ngan lelaki jgk.. Dia tak nak couple lagi.. nanti bile dia bersedia terus masuk meminang, boley tak,hehe..

Wahai sang kekasih yang bakal muncul, bolehkah anda membahagiakan dia dan hanya dia seorang? Tinggi sangat harapan dia untuk hidup sempurna. harap-harap sang kekasih setia dengan cintanya.

Hati DIA kata:-
Sang Kekasih perlu setia,
rindu,kasih,cinta hanya untuk DIA,
Bawa DIA ke jalan yang sempurna,
dekatkan DIA dengan agamanya...


p/s: SANG KEKASIH belum muncul di hati.... tak perlu sekarang tapi akan datang...

Wednesday, September 14, 2011

SAYA NAK PERGI KAT SINI..

Hati saya cakap, nak tengok pemandangan ni...
awak nak tau kat mana???
hmmm,kat sini, cantik sangat.....
awak nak tengok??
meh sini saya nk tunjuk....
ni lah tempat nyer---------------->
cantik sangat kan awak... kalo boleh saya nak pergi kat tempat ni., Mmm,awak nak tau tak kat mane,saya selalu berangan nak pergi kat sini tau,hehe
ala,kat tempat sejuk,ley main salji sambil tengok pemandangan yang cantik nie.....
tiap- tiap tahun saya nk pergi melancong dengan awk,tempat yang cantik dan tenang,boley hilangkan stress. tempat tu menarik, tapi sure-sure saya nk pergi dengan awk. nanti boley kite tgk pemandangan yang sama,cari ketenangan, indahkan ciptaan- NYA. tempat yang saya nk pergi mcm dlm pic ni............................
Jom kita tgk tumbuhan hijau sekali, kalau boley,kat rumah saya nanti saya nak tanam banyak pokok bunga yang cantik dan tumbuhan yang hijau-hijau. Awk nk tau kenapa saya selalu nk tgk warna hijau?? sebab bila tgk tumbuhan saya jadi segar, tenang sangat- sangat...seyes saya cakap... tengok decoration macam ni pon da cantik sangat-------------------->
MY FUTURE HOUSE
saya selalu fikir dan berangan tentang future house,juz wanna simple but looking nice, xpayah la besar- besar sangat nanti penat nak ulang alik cari awak. boley ke awak hadiahkan untuk saya suatu hari nanti??haha, tak terlampaukah saya hanya untuk dijadikan tempat persinggahan kita kat dunia ni, even kecik tapi saya nk jadi seperti "the palace of the golden garden".. awak boleh design kan hanya untuk saya sorang?? ahakzz, seronok nyer angan- angankan, macam macam kita boleh impikan.. Awak, boley tak angan- angan saya jadi kenyataan?? boley ke saya dapat semua ni?? Awak akan muncul depan saya & tunaikan segala hasrat saya? impian saya seorang, bukan 2,3 & 4?? MUNGKIN?? "Dreaming for a few moment"..fuh, seronok sangat......
tapikan saya hanya berangan sebab awak belum wujud dalam hati saya, awak tak ada kat depan saya, saya tak kenal awak siapa, awak belum muncul dalam hidup saya, saya nak bersendirian untuk seketika, AWAK misteri buat saya sekarang, sebab saya tak nak terima sapa- sapa untuk seketika waktu, saya tak nak pilih & buat keputusan coz saya belum sedia, boleykah awak menunggu saya. Sampay suatu hari nanti bila pintu hati saya terbuka, saya akan mencari & terima AWAK, awak la insan yang dipilih oleh ALLAH supaya saling melengkapi kehidupan saya kat dunia ni ini, INSAN yang akan bersama saya adalah AWAK.. AWAK kena tunggu saya, saya akan jumpa awak nanti bila tiba masanya......... itulah AWAK di samping saya, bawak la saya untuk menuju ke JALAN-NYA, membina kebahagiaan di dunia dan menjemput saya supaya berada di istana yang indah kat AKHIRAT kelak................................................................

BerFiKiR sEjEnak

** saya tak dapat tido, mcm-mcm bermain dalam hati saya...
terlihat satu demi satu picture,
Bila lihat kata-kata itu,,saya sedar bahawa masih boleh berdiri dengan kaki sendiri.. YA ALLAH seharusnya saya bersyukur dengan nikmat-MU. Jadikan saya sebaik-baik insan di dunia YA RABBI.. ampuni segala dosa semalam, masih sempatkah untuk saya menjadi sebaik-baik insan... dekatkan hati saya kepada PENCIPTA agar tidak terpesong dengan permainan dunia. setitis ujian-MU membawa sejuta keindahan yang ENGKAU berikan. YA ALLAH, lindungi saya dari hati-hati yang hitam,kerana ia boleh merosakkan.
YA ALLAH, peliharakanlah akhlakku,kuatkan iman ku,tabahkan hatiku untuk menuju ke jalanMU, jauhkanlah diriku dari segala kemungkaran-MU ya RABBI. jadikanlah diriku perhiasan yang paling berharga di dunia ini. YA TUHAN, dekatkan diriku pada agama yang satu.............

Tuesday, September 13, 2011

Jangan Ganggu Saya!!!

Hey kamo,tau tak BENCI nyer saya bile kamo muncul lagi..
Hey kamo, tau tak betapa MELUAT nyer hati saya bila kamo makin menggangu saya..
MENYAMPAH nyer saya!!

HEY KAMO,TAU TAK DULU???
kamo sakitkan hati saya, dengan selamber tanpa rasa bersalah, nada yang biasa tanpa rasa kesal. kamo itu ada hati tak de perasaan. bila jauh,penat nyer saya pikir pasal kamo, tapi akhir nyer kamo tetap pergi jauh, bersama seseorg..

HEY KAMO,TAU TAK KELMARIN??
saya bekerja kuat utk lepaskan kamo pergi dari hidup saya. Hati saya sendiri lagi. berusaha untuk aturkan segalanya agar masa saya takkan ada untuk mengingati kamo. itu terlalu penat bagi saya,tapi saya tetap berusaha. Jelas sekali hidup saya ketika itu merumitkan. hanya kerana KAMO!!

HEY KAMO, TAU TAK SEKARANG??
tak ada kamo itu lbh baik bagi saya. Makin saya gembira dengan hari-hari saya. saya berjalan dengan ceria tanpa menoleh belakang. Saya pasti hati saya lebih lapang sekarang tanpa perlu pikir kamo. terasa saya kini bebas tanpa kamo, saya tak perlu pikir hati kamo sehingga buat hati saya sakit lagi. Saya hebatkan coz dapat lupakan kamo. saya paling bahagia sekarang, sebab saya bukan untuk kamo. saya juga benci pada kamo, maaf saya tak boleh pikir kamo lagi coz hati saya sudah jadi batu..

HEY KAMO, TAU TAK AKAN DATANG??
Kamo tak perlu cari saya, sebab masa itu saya suda bahagia. kamo tak perlu datang dalam hidup saya coz kamo dah tak berguna untuk hari-hari saya. Ada kamo itu menyusahkan bagi saya,tolong sedar bahawa kamo tak beri kebahagiaan pada saya. jangan cari saya jika kamo tak bahagia coz itu bukan urusan saya. saya nak kamo tau sekarang dan seterusnya, saya tak kenal kamo, sebab kamo suda mati dalam hidup saya.
tak mungkin hidup kembali...

HEY KAMO, KENA TAU SUMER TU!!!!


p/s: tolong jangan muncul kat screen handphone saya lagi, KAMO itu HANTU yang mengerikan............

Monday, September 12, 2011

Bila saya kata,saya GEMBIRA....

hari ni saya hepi cuz tak banyak kerja,da la makan free, "open opis" al-maklum la raya,haha. Siap main gurau ngan geng-geng lagi. sonok ade kak ira, za, kak jan, miter wong hui lee n yang laen.. Hmm,sonok ea, siap la esok kje bertimbun2, walawe..
MEH SAYA CITER CIKIT SAL OTAI OPIS!!! jangan marah ye ANDA. .
1) KAK IRA (PALING BEST)kakak yg paling spoting,umur 26thn tp perangai mcm gile2 remaja, B.O.D yang sama pada tarikh 6 nov cume tahun yang berbeza, tapi kami banyak persamaan, kalo nk share cerita pon merujuk kepada --->KAK IRA, hehe. klakar, bile boring saling menyakat.
2)ZA..bukan nama sebenar..berumur 26thn tapi macam 22thn, pekerja yang sesat dari company laen yang telah berkhidmat kat opis ni tak sampay sebulan tapi keriuhan nyer manggamit suasana, hari-hari ceria, ley tahan gak kelakar nyer. Ley masyuk r...hehe
3) KAK JAN.. berumur 28thn "maybe", walau ade ank sorang tp tetap remaja,fuh comey...baru join the club tak sampay 2 bulan,hehe. Orang nyer klakar gak, bile bersama kami, hmmm siap r, sumer macam kanak-kanak rebina..kakaka
4) MITER WONG.. 40-an, bos yang paling best kat dunia,klakar, rilex jew walau kerja bertimbun-timbun, suke cari saya bila nk siapkan kerja die sampay kerja saya tertangguh, ape2 pon die selalu cakap "that's normal" haha.. sepanjang kerja dengan die, xpenah marah saya,harap2 tak akn pernah marah,hehe.. prihatin terhadap anak buah termasuk saya. Hey,seronok kan dapat bos macam die tapi kadang-kadang bila bertanya,kne atur soklan baik2, nanti anda akan menjadi something wrong..
5) HUI LEE (my lauser) hehe.. berumur 24thn, mude lagi tu..kalo nk cakap bahasa cina cari die, translater terbagus,hehe~ boley masuk group jugak, spoting jgk..best2!!
Anyway, thanz kalian coz ceriakan hari2 saya di opis kadang-kadang saya teramat tension...walau pon stress tapi anda semua buat saya tersenyum. memang best la, kalian memang terbaik dari ladang. kalian, esok kiter sambung BURGUMBIRA lagi yeah...
p/s: pakwe not on my mind sikalang, ea menyampah,serabut,benci,geram,sumer ade.. so lagi bahagia begini kan KAK IRA...hehe

Sunday, September 11, 2011

First Entry

Eh kamo,saya tatau nk tulis ape kat first entry ni. cuma nk cakap, saya tengah boring. tapi kadang- kadang seronok berhijrah ke entry kwn2 yang laen, banyak sangat cerita yang terlakar dalam entry setiap blogger. Actually kamo nk tau, ni adalah kali ke-3 saya b'blog,haha... tapi hanya blog ini yang blh saya kongsi dengan anda semua.
T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H A.N.D.A
coz luangkan masa untuk membaca entry saya ni...hehe