Monday, May 26, 2014

Lebihkah aku???

Ya ALLAH,
Hati ni resah bila setiap waktu, di sekeliling tempat, mereka selalu bertanya bila aku mahu mencari pasangan. Seperti ayat yang biasa di dengar 'seusia kamu ini sudah layak berkahwin'  'jangan melambatkan perkahwinan'  'umur kamu ni sepatutnya dah anak dua' dan sama waktu dengannya. Aku hanya mampu tersenyum. Dalam hati, aku tak risau kerana mak sudah doakan kebahagiaanku.

Bukan aku tak fikir, bukan tak ambil berat, tapi bila belum tiba waktunya. Siapa menolak untuk bahagia di dunia sementara sebelum menempuh alam hakiki. Hidup ni tak semudah yang diangankan. Kita yang mencari cinta, bukan mereka. Aku bukan memilih, tapi tunggu pilihan dari PENCIPTA sendiri.

Future hasband :-


  • Aku jaga diri ini hanya kerana Allah.. Kerana Allah akan menghadiahkan kamu utk menjagaku kelak, moga sampai ke syurga..
  • Maaf, aku tak berhak memiliki cinta yg belum pasti kerana aku menjaga cinta itu hanya kerana Allah, semoga Allah menjaga cinta kamu sehingga tiba waktunya..
  • Maaf kerana aku perlu berusaha ke jalan Allah, agar aku mudah dibimbing oleh kamu utk menuju ke jalanNYA kelak..
  • Maaf kerana sehingga hari ini, aku masih berusaha utk merubah diri sendiri, biar aku berubah kerana Allah, kerana masih ada kelemahan dalam diriku, aku tak sempurna..
  • Maaf, tak perlu mengatakan cinta krna aku mencari cinta yg halal, bukan cinta sia-sia.. Jangan risau, cinta aku t'jaga, sampai satu masa Allah akan bagi cintaku kpda kamu...
  • Maaf, aku tak mudah jatuh cinta, berdoalah..... aku masih simpan cinta ini, biar ia mahal...
  • Jangan risau, waktu itu semakin hampir, sehingga aku selesai menunaikannya..
  • Tunggulah selagi boleh menunggu, takdir akan menentukan segalanya.. Tak lama, bertahanlah tapi tak memaksa.. Yakin pada jodoh, Allah menjemputmu membimbingku..
  • Maaf, cinta aku terjaga, tak mudah mengatakannya, terimalah aku seadanya.. 


Friday, May 23, 2014

Aku & kehidupan..

"Andai satu takdir Allah, aku redha... "

Ya Allah, rindu ini membuatkan aku menangis. Bawalah aku ke jalan Allah, agar rindu ini terisi dgn laluan ke syurga..

Rindu ini buat aku menangis dgn lagak seperti gagah.. Bawalah aku utk merindui ke jalanNYA....

Ya Allah, sampaikanlah rindu ini kepada ibuku, merinduinya terlalu indah... kita jumpa di syurga ye ibu tercinta.... senyummu, marahmu, nasihatmu, kini aku rindu.. Kerana agama, aku berusaha utk kuat, kerana Allah aku masih berusaha utk hidup...

Saat aku menangis, tak semua yang merasa apa yang aku alami.. Ya Allah, hidup ni kosong walau aku dikelilingi kesibukan ramai... Mereka yg sentiasa menemaniku, tapi jiwa ini terlalu kosong...

Mungkin tiba masanya utk aku fikir kehidupan baru..... Sebenarnya bukan tak fikir, tapi perlu berubah utk diri dulu... terima kasih ibu, mendoakan aku utk kebahagiaanku...

Mungkin, dia di hadapanku, tunggulah selagi kamu boleh menungguku kerana masa itu hampir tiba.. Dengan izin dariNya...

Sunday, May 18, 2014

Jatuh Cinta??

Belum mengenali,
tak pernah bersua empat mata,
tak pernah dengar suara,
apatah lagi berbicara..

Hati berdetik mengatakan gembira,
padahal itu jauh,
adakah dia tahu,
punyai rasa  yang sama?

Ya Allah,
seandainya dia itu wujud,
sampaikan salam untuknya,
biar ia rahsia,
menunggu hari bahagia..

rupanya cinta itu rahsia

cinta utk dibawa ke syurga,
-cerita_sangcinta-