Friday, May 23, 2014

Aku & kehidupan..

"Andai satu takdir Allah, aku redha... "

Ya Allah, rindu ini membuatkan aku menangis. Bawalah aku ke jalan Allah, agar rindu ini terisi dgn laluan ke syurga..

Rindu ini buat aku menangis dgn lagak seperti gagah.. Bawalah aku utk merindui ke jalanNYA....

Ya Allah, sampaikanlah rindu ini kepada ibuku, merinduinya terlalu indah... kita jumpa di syurga ye ibu tercinta.... senyummu, marahmu, nasihatmu, kini aku rindu.. Kerana agama, aku berusaha utk kuat, kerana Allah aku masih berusaha utk hidup...

Saat aku menangis, tak semua yang merasa apa yang aku alami.. Ya Allah, hidup ni kosong walau aku dikelilingi kesibukan ramai... Mereka yg sentiasa menemaniku, tapi jiwa ini terlalu kosong...

Mungkin tiba masanya utk aku fikir kehidupan baru..... Sebenarnya bukan tak fikir, tapi perlu berubah utk diri dulu... terima kasih ibu, mendoakan aku utk kebahagiaanku...

Mungkin, dia di hadapanku, tunggulah selagi kamu boleh menungguku kerana masa itu hampir tiba.. Dengan izin dariNya...