Wednesday, August 27, 2014

Jatuh cintakah aku

Jatuh cintakah aku pada dia walau hanya seketika waktu?

Baik rupanya, lembut tutur katanya, sopan perlakuannya,
 pandai menghormati, pandai melayani,cukup berbudi...
Subhanallah, subhanallah, subhanallah,
Indah makhluk ciptaanNya yang Maha Berkuasa,
Adakah aku sudah jatuh cinta ya Rabbi..

Ya Allah,
 jagalah hati-hati kami supaya membawa cinta ini kepadaMu,
Agar cinta kami haluannya mengejar cinta hakiki,
Jagalah dia di setiap aturMu,
Semoga dia membimbing cintaku,
Jagalah agar kami tidak mudah melatah...
..........Mohon cinta abadi.......

JadikanlahakubidadaridisyurgaNYA......

Saturday, June 21, 2014

Pergilah...

Bertahun ku menjaga hati ini,
Pergilah membawa haluanmu, kita bukan jodoh...
Kerana dirimu hanya pilihanku.. bukan pilihan PENCIPTAku......


Redha di setiap waktu itu lebih indah....

Thursday, June 19, 2014

Part of my life...

Just for a few moment tapi cukup indah..
Take care,
Hope will be ok for tomorrow..
Bye2 my past....


Berhiduplah dengan bahagia bersama ALLAH

Monday, May 26, 2014

Lebihkah aku???

Ya ALLAH,
Hati ni resah bila setiap waktu, di sekeliling tempat, mereka selalu bertanya bila aku mahu mencari pasangan. Seperti ayat yang biasa di dengar 'seusia kamu ini sudah layak berkahwin'  'jangan melambatkan perkahwinan'  'umur kamu ni sepatutnya dah anak dua' dan sama waktu dengannya. Aku hanya mampu tersenyum. Dalam hati, aku tak risau kerana mak sudah doakan kebahagiaanku.

Bukan aku tak fikir, bukan tak ambil berat, tapi bila belum tiba waktunya. Siapa menolak untuk bahagia di dunia sementara sebelum menempuh alam hakiki. Hidup ni tak semudah yang diangankan. Kita yang mencari cinta, bukan mereka. Aku bukan memilih, tapi tunggu pilihan dari PENCIPTA sendiri.

Future hasband :-


  • Aku jaga diri ini hanya kerana Allah.. Kerana Allah akan menghadiahkan kamu utk menjagaku kelak, moga sampai ke syurga..
  • Maaf, aku tak berhak memiliki cinta yg belum pasti kerana aku menjaga cinta itu hanya kerana Allah, semoga Allah menjaga cinta kamu sehingga tiba waktunya..
  • Maaf kerana aku perlu berusaha ke jalan Allah, agar aku mudah dibimbing oleh kamu utk menuju ke jalanNYA kelak..
  • Maaf kerana sehingga hari ini, aku masih berusaha utk merubah diri sendiri, biar aku berubah kerana Allah, kerana masih ada kelemahan dalam diriku, aku tak sempurna..
  • Maaf, tak perlu mengatakan cinta krna aku mencari cinta yg halal, bukan cinta sia-sia.. Jangan risau, cinta aku t'jaga, sampai satu masa Allah akan bagi cintaku kpda kamu...
  • Maaf, aku tak mudah jatuh cinta, berdoalah..... aku masih simpan cinta ini, biar ia mahal...
  • Jangan risau, waktu itu semakin hampir, sehingga aku selesai menunaikannya..
  • Tunggulah selagi boleh menunggu, takdir akan menentukan segalanya.. Tak lama, bertahanlah tapi tak memaksa.. Yakin pada jodoh, Allah menjemputmu membimbingku..
  • Maaf, cinta aku terjaga, tak mudah mengatakannya, terimalah aku seadanya.. 


Friday, May 23, 2014

Aku & kehidupan..

"Andai satu takdir Allah, aku redha... "

Ya Allah, rindu ini membuatkan aku menangis. Bawalah aku ke jalan Allah, agar rindu ini terisi dgn laluan ke syurga..

Rindu ini buat aku menangis dgn lagak seperti gagah.. Bawalah aku utk merindui ke jalanNYA....

Ya Allah, sampaikanlah rindu ini kepada ibuku, merinduinya terlalu indah... kita jumpa di syurga ye ibu tercinta.... senyummu, marahmu, nasihatmu, kini aku rindu.. Kerana agama, aku berusaha utk kuat, kerana Allah aku masih berusaha utk hidup...

Saat aku menangis, tak semua yang merasa apa yang aku alami.. Ya Allah, hidup ni kosong walau aku dikelilingi kesibukan ramai... Mereka yg sentiasa menemaniku, tapi jiwa ini terlalu kosong...

Mungkin tiba masanya utk aku fikir kehidupan baru..... Sebenarnya bukan tak fikir, tapi perlu berubah utk diri dulu... terima kasih ibu, mendoakan aku utk kebahagiaanku...

Mungkin, dia di hadapanku, tunggulah selagi kamu boleh menungguku kerana masa itu hampir tiba.. Dengan izin dariNya...

Sunday, May 18, 2014

Jatuh Cinta??

Belum mengenali,
tak pernah bersua empat mata,
tak pernah dengar suara,
apatah lagi berbicara..

Hati berdetik mengatakan gembira,
padahal itu jauh,
adakah dia tahu,
punyai rasa  yang sama?

Ya Allah,
seandainya dia itu wujud,
sampaikan salam untuknya,
biar ia rahsia,
menunggu hari bahagia..

rupanya cinta itu rahsia

cinta utk dibawa ke syurga,
-cerita_sangcinta-

Tuesday, March 4, 2014

Yang merasa

Kita manusia,
Selalu lalai ketika diulik dunia,
Kemudian ALLAH turunkan ujian,
Agar kita kembali supaya mengingatiNYA.....
Menangislah, menangislah dan semoga sentiasa menginsafi,
Kerana kita manusia yang sering melakukan kesilapan....
Dan yang sering melakukan kesilapan itu adalah aku, aku, aku :'(



Ampuni aku di setiap perjalanan hidupku YA RABBI..


Friday, February 28, 2014

Rezeki

Jangan risau ttg rezeki,
Jgn pernah merungut kalau takde rezeki,
Selagi kita hidup selagi tulah ade rezeki,
Kecuali bila kite mati,
Terputuslah semua rezeki....

Terima kasih ats nasihat itu mak,
Kite akn sentiasa igt,
Syg mak dunia akhirat ♥♥♥

With lot of love:
~Your daughter~

Saturday, February 22, 2014

Perjalanan ini

Mak, dah 4 bulan lebih mak tinggalkan kiter, tapi rindu kiter takkan hilang untuk mak, takkan pudar untuk ayah.. Mak ayah semangat untuk hari-hari kiter, pesanan mak ayh akn sentiasa kiter igt, dulu mak semtiasa bercerita ttg akhirat, tapi skrg ayah yang berkongsi cerita tu. Rindu pada mak..... Walau mak tak nampak di mata, tapi di hati ni terlalu dekat. kiter sayang mak ngn ayah berjuta-juta lemon, sayang byk bintang tau, hehe...

Sekarang dah tak macam dulu, apa-apa keputusan kiter akan tanya pendapat mak, dengar dulu nasihat yang mak beri, tapi sekarang kena buat keputusan sendiri. Mak, perkara yang paling susah bagi kiter kat dunia ni adalah membuat keputusan tepat. Kiter betul-betul tak pandai, tapi bila dah buat keputusan tak boleh sesuka hati berpatah semulakan mak, complicated.

Abang n kakak-kakak semua dah sibuk bertanya khabar kiter, diaorang cakap dah sampai masanya mencari orang yang boleh jaga kiter. Tapi nak mencari tu yang susah, bukan memilih tapi takut tersalah pilih. Nak hidup lama, bukan sementara.

Masa mak sakit pon, mak sibuk tanya kakak n adik, kiter dah ada boyfriend ke belum. Dieorang cakap tak tau. Ingat lagi satu petang, minggu2 terakhir mak nak tinggalkan kiter, masa tu kiter masuk bilik mak, kiter nyanyi lagu "ketika cinta-by opick, ", mak tanya kiter rindu kat sape, kiter senyum n cakap 'lagu tu rindu kat Allah la mak'. Kiter jawab la kiter takde boyfriend n kiter nak jaga mak dulu. Mak pon senyum, ingat lagi mak cakap, 'tunggu mak sihat dulu baru cari ye'. Fahamlah sekarang maksud kata2 mak. Mak pernah doakan kiter 'semoga Allah ketemukan jodoh yang baik2'. Kiter tak risau sbb doa mak cukup buat kiter yakin tentang jodoh, apa yg kiter perlu buat sekarang adalah doa dan berserah kpda Allah.

Baru sekarang kiter nak cari orang yang boleh bawa kiter ke syurga n terima kiter seadanya mak,hehe..

Hidup kiter terlalu sunyi bila takde orang yang nak dengar cerita-cerita kiter. Tapi hidup ini kena teruskan, sementara menunggu giliran kiter untuk menghadap Ilahi. Kiter jumpa mak kat syurga ye, in shaa Allah.

Monday, February 3, 2014

Rindu

Mak,
Kiter sayang mak berjuta2 lemon, kiter rindu mak sebanyak buih kat lautan.. Rindu kiter semakin kuat bila hari semakin bertambah. Mak dah pergi jauh tinggalkan kiter, kiter rasa sunyi sangat2 kat dunia ni. Kiter rindu nak makan masakan mak, kiter rindu nak duduk petang2 dgn mak, kiter rindu nk bercerita ttg dunia kiter kat mak, kiter rindu nak dgr nasihat mak, kiter rindu nak habiskan hujung minggu dengan mak, nak teman mak pg pasar, nak teman mak beli barang2, kiter rindu nak jaga mak :'(
Tp kini hari2 kiter jadi sunyi.....

Mak,
 kiter xnak rindu ni hilang bila waktu semakin jauh. Kiter nak rindu ni sentiasa ada supaya kiter selalu hadiahkan ayat2 suci utk mak. Mak, hanya doa yang mampu jadi pengubat bila kerinduan ni bertandan. Mak, kiter betul2 sunyi...

Mak,
Terima kasih krna jaga ankmu dgn sempurna, pengorbanan mak cukup indah. Mak, cukuplah renungan dan keindahan senyuman yg mak berikan kat kiter saat2 terakhir mak nk pergi, cukuplah erat genggaman tangan mak kat tangan  kiter tanda mak sayang kiter walau saat2 mak nak pergi, cukuplah dengan kenangan yang ada menjadi pengubat rindu kiter.. cukuplah, sehingga redha mengiringi diri mak pulang menghadap Ilahi.. Mak, terima kasih krna sentiasa mendoakan kiter, terima kasih krna mendoakan kebahagiaan kiter, mak jgn risau, semoga Allah ketemukan org yg baik2 utk kiter...
Mak, kiter jumpa mak kat syurga ye.. In shaa ALLAH ;)

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....
Tempatkanlah ibuku di dalam syurgaMU tanpa di hisab, jauhilah dari azab kubur & api neraka, kami mohon keampunanMU di setiap perjalanan hidup kami ya Rabbi.....  sesungguhnya aku terlalu merindui....

Al-fatihah utk ibu tercinta.......