Friday, March 17, 2017

Untuk awak, nilai seorang teman....MNK

Bismillahirrahmanirrahim.....

Semoga kita sentiasa dalam rahmat, dakapan & kasih sayang Allah....

Syukur Alhamdulillah,
Allah ketemukan awak dalam keadaan saya mencari redhaNYA,
Pertemuan kita yang tak sia-sia, penuh dengan hikmah. Kita manusia yang sentiasa di uji,
terima kasih kerana setia temani saya dan ingatkan saya untuk sentiasa berada di jalanNYA.

Saya pernah menangis, kerana tak mampu di uji,
saya ini pastinya lemah dengan permainan duniawi,
takut menghadapi realiti,
mainan cerita melalui halusinasi...

saya ini ibarat tin kosong,
kesana kemari di tiup angin,
mencari tempat dimana terhenti,
dan jalannya sekarang saya lalui.

Ramainya cantik, tapi suatu waktu bukan cantik dari zahirnya saya cari,
kerana cantik itu tak pernah kekal,
sampai suatu waktu pasti pergi,
sehingga saya memilih untuk perbaiki diri,
masih mencuba dan mencari,
baru saya faham erti cantik yang kekal abadi,
cantik dari hati,
baru kini saya sedari....

Terima kasih awak,
tolong kejutkan saya untuk bersujud menghadap PENCIPTA,
Terasa cukup tenang, sampai satu waktu bukan dunia ini yang saya cari,
tapi ketenangan yang hakiki, sampai suatu waktu saya akan pergi, menghadap ILAHI..

Terima kasih awak,
Kerana sentiasa mendoakan saya,
Jadilah teman yang sentiasa mengingatkan saya tentang kecintaan kepadaNYA,
agar hati ini tak mudah rosak dengan tipu helah dunia,
ketenangan yang saya cari untuk bekalan di akhir nanti..

Terima kasih Ya Allah,
kerana aturanMU cukup indah, ketemukan kami pada saat yang tepat,
saatku mulai berubah, mencari ketenangan bersama ILAHI..

Kita berjumpa bukan saja- saja, kita berpisah bukan saja- saja, kite berkawan bukan saja-saja,walau apapon yang terjadi, biarlah matlamat kita sama, mecari redha ILAHI..

Andai suatu waktu Allah jemput saya kembali, biarkan surat ini jadi kenangan, sebab saya amat bersyukur dan menghargai awak yang sentiasa temani saya untuk dekat pada Sang PENCIPTA hakiki, saya tahu saya tak layak tapi secebis masa yang masih lagi berbaki, saya teringin jadi bidadari di syurga ILAHI... Doakan saya!!!

Terima kasih setia & sanggup jadi sahabat saya,
tolong ingatkan saya dunia ini hanya sementara,
tolong ingatkan saya bahawa syurga lebih indah daripada dunia,
tolong ingatkan saya untuk sentiasa dekat kepadaNYA,

p/s :
saya tak pernah jumpa orang macam awak tapi saya tak layak sebab
awak ensem
awak macho
awak baik
awak sado
awak win
awak anak soleh
awak paling rare!!!
awaklah MNK........ Doakan saya cepat- cepat sembuh dan boleh berjalan spt biasa ;-)

Semoga awak berbahagia di dunia & akhirat!!!! amin Ya Rabb....

"saya tetap menunggu"


Sunday, March 12, 2017

Ya Allah,
Tiba masa Engkau makbulkan doaku, sakitku terjawab setelah beberapa tahun menjadi tanda tanya. Sebab aku begini jiwa aku sensitif, aku menangis, mengadu pada manusia, tak siapa memahami, sekadar mampu mendengar.

Ya Allah,
perutku sakit, badanku lengoh, tidurku tak lena..
Gangguan yang ingin memusnahkan keinginanku untuk bersujud kepadaMU,
kadang- kadang aku sedih,
kadang- kadang aku risau,
sebab aku takut gangguan itu mengusai diri aku untuk jauh dariMU...

Ku renung di setiap langkah perjalanan hidupku,
Aku berfikir di setiap ujian kepadaku,
Rupanya hikmah di sebalik ujian tu indah,
Allah, kau hantarkan secebis ujian untukku agar kembali dekat denganMU,
Allah jentik hatiku, untuk kembali kepadaMU...

Allah rindu rintihan hati hambaNYA, Allah nak aku bertaubat dan kembali kepadaNYA. YA ALLAH, ambillah hati aku, ambillah jiwa aku, dekatkan aku padaMU agar aku sentiasa tenang menghadapi ujian dunia.....

YA ALLAH, peganglah hatiku agar tak tersasar dari landasanMU, jauhi aku dari kelalaian dunia ini...
aku mohon sentiasa dalam dakapan RABB ku....