Wednesday, October 30, 2013

ALLAH MAHA BERKUASA

Ya ALLAH, segala puji bagiMU, tuhan sekalian alam, yang berkuasa memberi kesenangan, tidak pula sukar untuk memberi kesukaran. Maha Suci Allah, Engkau berkuasa menghidup dan mematikan kami, kepadaMu jualah kami berserah, matikan kami dalam keadaan sempurna dan jemputlah kami sebaik2 kematian Ya Rabbi. Berikan petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa berada di jalanMu, jangan Engkau pesongkan kami ke lembah yang hina, jauhi kami daripada fitnah dajjal dan lindungilah kami sehingga hari kiamat. Jadikan kami hamba yang patuh pada perintahMu, jadikan kami umat Nabi Muhammad supaya kami mendapat syafaat daripada baginda. Jadikan kami anak yang soleh/solehah yang sentiasa mendoakan ibubapa kami, jadikan kami insan yang saling memperingati antara satu sama lain agar kami sentiasa hidup sebagai khalifah di muka bumiMu Ya Rabbi. Haramkanlah wajah kedua ibubapa kami daripada di sambar api neraka, tempat ibubapa kami di syurgaMu tanpa di hisab. Engkau sayangilah ibubapa kami sebagaimana mereka menyanyangi kami sejak dari lahir. Ampunilah dosa kami semua sama ada dosa-dosa kecil mahupun besar, ampunilah kami sejak dalam perut ibu sehinggalah kami di jemput menghadapMu ya Allah........

Thursday, October 24, 2013

menangislah....

Menangislah tatkala diri terasa sedih,
Menangislah sekuat hati kemudian lepaskanlah segala di hati..
Kemudian bangkitlah dari kesedihan hati,
Bangunlah dari rebah sendiri..

Allah menguji hambaNya,
Allah, Allah, Allah...
Sehingga terkadang terasa diri ingin jatuh rebah ke bumi,
Kerana tak mampu bangkit kembali...

Allahurabbi,
Disaat Engkau menguji hambaMu ini,
Disaat Engkau menjemput ibuku kembali,
Terasa diri ini sepi,
Baru ku sedar dunia ini tiada yg kekal abadi..

Allahu Akhbar,
Allah lah Maha Besar,
Allah yang mencipta kami,
Pada Allah jualah kami di kembali....

Subhanallah,
Ketenangan ada padaMu Ya Rabbi,
Di saat aku mengadu padaMu,
Engkau titipkan rasa kerinduanku kpdaMu,
Malah rindu ini semakin bertandan,
Sehingga tiada ketenangan melainkan drp mengingatiMu ya Allah

Ya Allah,
Manusia di uji agar kembali mengingatiMu,
tiada ujian melainkan hambaMu kuat menghadapinya,
Kini aku sedar, kita di uji kerana tanda kasihnya Allah untuk kita,
Kini aku sudah mengerti, berusaha utk perbaiki kelemahan diri....

ALLAH, ALLAH, ALLAH... ALLAH YA RABBI,
Tiada daya upaya melainkan ujian dan rahmatMu ya Rabbi,
Ampunilah kami yg sentiasa lalai dgn nikmat dunia ini.....

Friday, July 12, 2013

Hanya pada ALLAH

Disaat kesedihan menguasai diri, siapa harus kutemui?? Mendengar segala rintihan hati yang sentiasa memendam segala rasa duka dan kecewa dengan permainan dunia yang sentiasa melalaikan. Aku kena kuat, kerana yang pasti hidup ini terlalu indah. Diceritakan pada manusia, tapi tak setenang yang di sangka.. mereka hanya mampu mendengar...........

Berfikir dan mencari, rupanya ketenangan itu bersama dengan ALLAH.. Ya, aku terasa tenang di saat aku bersujud padaNYA. Dialah tuhan Maha Pendengar  lagi Maha mengetahui apa yang terjadi kpd makluknya termasuklah aku yang terlalu hina ini..

Ya Rabbi, terima kasih kerana masih lagi di beri peluang utk bernafas hari ini agar aku menyedari kesilapan dan kesedihan aku semalam, semoga aku tak mengulangi, masih cuba bangkit berdiri hari ini agar esok aku tak jatuh lagi.. semoga dunia ini tak melalaikan aku, segalanya hanya padaMU, hidup dan matiku hanya pada ALLAH, pencipta sekelian alam.... Terangilah aku dengan keindahan agamaMU, agar aku mengerti keindahan dunia yang menuju akhirat....................



Friday, April 26, 2013

...sayang mak, sayang ayah sehingga syurga...

Mak ayah, maafkan anakmu andai jagaan anakmu ini masih lagi tidak dapat meringankan sakit yang mak ayah tanggung, anakmu ini akn cuba yang terbaik selagi diberi masa dan peluang untuk menjaga mak ayah....

Dah nak masuk 2 bulan mak sakit, paras gula kdg2 turun, kdg2 naik. Luka kat kaki mak pun masih belum kering. Mak, andai kata kaki mak boleh tukar dgn saya, saya rela tanggung kesakitan yang mak alami, kadang2 keadaan mak buat saya menangis sendirian, salah saya kah kerana tak jaga mak elok2 sebelum ni? Maafkan saya mak.... Baru sekarang mak boleh tidur dgn nyenyak, mak cakap semalam kaki berdenyut-denyut, mcm kena gigit ngan
semut pon ada, biasa la bila ada diabetis ni, kaki akan terasa kebas. Mak, kiter sayang mak beribu juta lemon tau..

Seronok tgk mak tidur lena ptg ni, lepas sapu2 ubat kat tapak kaki, mak kata hilang sikit kebas2 kaki. Hmmm, betapa indahnya nikmat sakit yang Allah berikan, sakit itukan penghapus dosa.. Allah beri ujian sakit untuk mak coz nak hapus segala dosa-dosa yang ada n nk tambahkan pahala bersabar. Mak, sabarmu membuatkan kami lebih tabah untuk hadapi hari2 yang akan datang, semoga mak cepat sembuh tau, nanti kita pergi jalan2 ye ;)

Ya Allah, Engkau takkan menguji hamba-hambaMu dengan ujian yang berat tatkala hambaMu tak mampu menangungnya. Mak kuat, mak pasti bertahan dgn ujian yg Allah berikan kepadanya. Mak, indahkan bila Allah bagi kita sakit, Allah sayangkan kita sebab 2 Allah datangkan ujian supaya hambaNya tak lupa pada Pencipta. Ya Allah, Engkau kurangkanlah derita ibuku, ringankanlah ujian keatas org yang amat aku sayangi, hapuskanlah segala dosa2 kedua ibubapa kami, rahmatilah mereka dan sayangilah mereka ya Rabbi, semoga Engkau sembuhkan sakit ibuku dgn cepat. Ya Allah, Engkau panjangkanlah umur kedua ibubapaku agar aku dapat membalas jasa mereka lagi, berilah aku peluang untuk menjaga mereka sebagaimana mereka menjagaku semenjak dari lahir lagi.. Ya Rabbi, tempatkanlah kedua ibubapaku ke syurgaMu paling tinggi tanpa di hisab kerana mereka insan dunia yang paling ku sayang. Terima kasih ya Allah kerana hadiahkan ibubapa kepadaku. Terima kasih mak ayah kerana menjaga dan sentiasa mengingatkanku tentang keindahan berada di jalan Allah ;)

Ya Allah, semoga mak dan ayah kembali sihat dan diberikan umur yang panjang, amin;)

Satu-satu, saya sayang Allah,
Dua-dua, saya sayang rasul,
Tiga-tiga sayang ibubapa,
Satu, dua tiga sayang semuanya.... lalalala~ ♡♡♡

Friday, April 12, 2013

Wahai Adam....


aku telah dijadikan oleh ALLAH dari tulang rusuk kirimu, bukan untuk di junjung, bukan pula untuk di pijak,
tapi utk dihargai sehingga ke akhir hayat....


Wahai Adam,
pandanglah aku bukan kecantikan rupaku,
kerana kecantikan itu akan hilang di telan zaman...
pandanglah aku kerana ciptaan ILAHI, Kelak ia akan kekal abadi....

Wahai Adam,
pinanglah aku dengan senyumanmu,
kerana senyuman itulah yg dapat membahagiakan aku,
walau nanti aku mungkin sedang bersedih....

Wahai Adam,
nikahi aku kerana agamaku,bukan hanya diriku,
kerana kelak kamu akan menerima segala kekuranganku,
bukan mahu pujian darimu,
tapi hanya menghabiskan secebis waktu bersamamu.

Wahai Adam,
bila tiba waktunya,
nikahi aku berlandaskan redha-Nya,
bermaskahwinkanlah aku dengan Quranmu,
kerana yang sudah di bacamu itulah peneman sejati ketika di tidurmu kelak,
juga peneman aku jika sudah seru-Nya memanggil untuk tidur sehingga hari pembalasan.

Wahai Adam,
ajarlah aku tentang akhirat,
kelak dunia mengejar kita,
aku tidak mahu hidup dalam alpa, terleka di ulik dunia,
hiasi aku dengan cahaya iman, cahaya yang hakiki..........

Wahai Adam,
bimbinglah diriku menuju jalan sang PENCIPTA,
agar hidupku penuh bermakna,
ajar aku erti redha dunia,
agar matiku tersenyum, sentiasa dalam redhamu untuk menghadap-NYA.

 Hidup dan mati kita biarlah hanya kerana ALLAH,
sudah tertulis di Luh Mahfuz tentang jodohku, Pasti aku redha siapakah gerangan Adam yang membawaku pulang ke syurga-Nya nanti. ....................................................................................................................................................

   Ya Allah, hadirkanlah seorang insan yang dapat membimbing aku menuju ke jalan-MU, terima baik buruk ku seadanya,terima ibubapaku dalam hidup kami, izinkan aku menjaga ibubapaku dan semoga aku dapat juga menjaga Ibubapanya..

Ya Allah, alangkah indahnya jika dia juga bersama aku mencari kehidupan di akhirat kerana aku terlalu jahil di jalanMu ya Rabbi..
semoga Engkau Memudahkan perjalanan hidupku Ya Allah.. padaMu aku berserah kerana aku yakin, Engkau telah mengaturkan yang terbaik utk hamba-hambaMu..

 Wahai pemilik rusuk kiri,
Terimalah diriku seadanya, terimalah kekurangan diriku.. ajarkanlah diriku tentang erti kehidupan di syurgaNYA kelak, Kerana dunia hanyalah sebuah perhentian untuk kita menuju kehidupan kekal.. ajarkanlah diriku erti syukur, rendah diri, taat kepada agama dan ibubapa, hiasi malamku dgn keindahan tahjud, kemerduan suaramu mengalunkan bacaan al-quran,dan khabarkan kepada aku berita gembira bahawa kamu boleh membawa aku dan ibubapa ke syurgaNYA kelak....

 Masih menjadi tanda tanya dalam diriku, siapakah dia pemilik tulang rusuk kiri ini?? Indahnya rahsia Allah ;) Dan sebenarnya, aku tidak mahu tahu siapakah dia sakarang, kerana yang aku mahu tahu, siapakah dia di sisi PENCIPTA kelak...

                        Sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang sentiasa mengingatkan aku tentang kehidupan yang bakal di tempuh selepas kematianku kelak... Amin ;)

Friday, March 22, 2013

Hidup & matiku hanya kerana Allah

Saban hari, tatkala aku merindui ke jalanMu, Engkau titipkan aku beribu dugaan untuk aku sentiasa mengingatiMu, sehingga suatu saat, aku menjadi redha di jalanMu...  

Ya Allah, terkadang segala ujianMu terlalu berat sehingga aku tidak lagi berdaya utk terus bangkit, tapi aku yakin, setiap yang berlaku ada hikmahnya, Engkau tidak menguji hambaMu jika mereka tidak mampu utk menempuh ujian itu.. 

Dan hari ini, aku masih lagi berdiri, masih lagi bernafas untuk terus kuat kerana hanya di jalanMu aku terasa tenang..

Ya Allah, seandainya urusan ini yg terbaik utk ku, aku hanya berserah, kerana hanya dugaan ini, aku akan sentiasa merindui jalanMu ya rabbi...

Monday, January 7, 2013

Perubahan itu pilihan aku...

Subhanallah, 2012 sudah berlalu.. Selamat dtg 2013..
andai aku diberi pilihan utk kembalikan sesuatu, akan aku pilih waktu..  Ya, sesungguhnya aku berada dalam kerugian, lalai bersama waktu-waktu yg berlalu pergi..  
Ya Allah, terima kasih kerana aku masih bernyawa tatkala aku masih lagi di beri peluang untuk bertaubat dan menuju ke jalanMU;)

Tekad aku ^.^

Di saat aku masih lagi tercari-cari kemana haluanku, masih lagi buntu memilih jalan yang pasti, aku mengalah pada takdir. Ya, takdirku disini, berserah apa yang berlaku. Tapi hakikatnya Allah bersamaku, Allah dengar rintihan hatiku, Allah tahu keperluanku..
2013,
Permulaanku untuk aku lebih dekat dan berhijrah ke arah kebaikan. Tatkala dugaan yg menimpaku bertubi-tubi membuatkan aku terasa sepi. Sepi di dunia yang nyata..