Friday, April 12, 2013

Wahai Adam....


aku telah dijadikan oleh ALLAH dari tulang rusuk kirimu, bukan untuk di junjung, bukan pula untuk di pijak,
tapi utk dihargai sehingga ke akhir hayat....


Wahai Adam,
pandanglah aku bukan kecantikan rupaku,
kerana kecantikan itu akan hilang di telan zaman...
pandanglah aku kerana ciptaan ILAHI, Kelak ia akan kekal abadi....

Wahai Adam,
pinanglah aku dengan senyumanmu,
kerana senyuman itulah yg dapat membahagiakan aku,
walau nanti aku mungkin sedang bersedih....

Wahai Adam,
nikahi aku kerana agamaku,bukan hanya diriku,
kerana kelak kamu akan menerima segala kekuranganku,
bukan mahu pujian darimu,
tapi hanya menghabiskan secebis waktu bersamamu.

Wahai Adam,
bila tiba waktunya,
nikahi aku berlandaskan redha-Nya,
bermaskahwinkanlah aku dengan Quranmu,
kerana yang sudah di bacamu itulah peneman sejati ketika di tidurmu kelak,
juga peneman aku jika sudah seru-Nya memanggil untuk tidur sehingga hari pembalasan.

Wahai Adam,
ajarlah aku tentang akhirat,
kelak dunia mengejar kita,
aku tidak mahu hidup dalam alpa, terleka di ulik dunia,
hiasi aku dengan cahaya iman, cahaya yang hakiki..........

Wahai Adam,
bimbinglah diriku menuju jalan sang PENCIPTA,
agar hidupku penuh bermakna,
ajar aku erti redha dunia,
agar matiku tersenyum, sentiasa dalam redhamu untuk menghadap-NYA.

 Hidup dan mati kita biarlah hanya kerana ALLAH,
sudah tertulis di Luh Mahfuz tentang jodohku, Pasti aku redha siapakah gerangan Adam yang membawaku pulang ke syurga-Nya nanti. ....................................................................................................................................................

   Ya Allah, hadirkanlah seorang insan yang dapat membimbing aku menuju ke jalan-MU, terima baik buruk ku seadanya,terima ibubapaku dalam hidup kami, izinkan aku menjaga ibubapaku dan semoga aku dapat juga menjaga Ibubapanya..

Ya Allah, alangkah indahnya jika dia juga bersama aku mencari kehidupan di akhirat kerana aku terlalu jahil di jalanMu ya Rabbi..
semoga Engkau Memudahkan perjalanan hidupku Ya Allah.. padaMu aku berserah kerana aku yakin, Engkau telah mengaturkan yang terbaik utk hamba-hambaMu..

 Wahai pemilik rusuk kiri,
Terimalah diriku seadanya, terimalah kekurangan diriku.. ajarkanlah diriku tentang erti kehidupan di syurgaNYA kelak, Kerana dunia hanyalah sebuah perhentian untuk kita menuju kehidupan kekal.. ajarkanlah diriku erti syukur, rendah diri, taat kepada agama dan ibubapa, hiasi malamku dgn keindahan tahjud, kemerduan suaramu mengalunkan bacaan al-quran,dan khabarkan kepada aku berita gembira bahawa kamu boleh membawa aku dan ibubapa ke syurgaNYA kelak....

 Masih menjadi tanda tanya dalam diriku, siapakah dia pemilik tulang rusuk kiri ini?? Indahnya rahsia Allah ;) Dan sebenarnya, aku tidak mahu tahu siapakah dia sakarang, kerana yang aku mahu tahu, siapakah dia di sisi PENCIPTA kelak...

                        Sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang sentiasa mengingatkan aku tentang kehidupan yang bakal di tempuh selepas kematianku kelak... Amin ;)