Wednesday, January 25, 2012

KEhiDuPaN

..Hidup terlalu gembira sampai suatu ketika lupa pada PENCIPTA..

Berada di suatu kawasan yang lapang,
Hati menjadi kosong,
makin bercelaru, serabut...
Awak bikin saya cantik ke??
cuba bijak dengan akal  bukan  nafsu
..........................................Mengapa ALLAH ciptakan saya di dunia ini???......
dengan  perasaan yang bermacam-macam.................
KECEWA??
MARAH??
MASALAH?? 
 KEMUDIAN GEMBIRA??


JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN:-
Setiap manusia di berikan satu hati untuk di jaga dengan sebaik-baiknya agar hati itu tidak menjadi kotor dan busuk kelak..

KECEWA :- ALLAH berikan hati supaya kita dapat merasai PERASAAN, perasaan sedih  wujud dan kemudian timbulnya kekecewaan,  bila kecewa kita berdoa kepada ALLAH supaya kembalikan kebahagiaan itu. Sedarkah dengan kecewa yang ALLAH berikan  itu adalah supaya kita kembali dekat kepadaNYA dan  menjadi seorang yang paling TABAH (menghadapi setiap dugaan).....

MARAH :- Hati juga boleh merasai perasaan MARAH, marah itu sifat syaitan. Syaitan amat  suka bila manusia mempunyai perasaan yang sama dengannya. Terkadang kita lupa tentang KESABARAN. Tahukah anda dengan kesabaran boleh menghapuskan api-api kemarahan.
"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)"....

MASALAH :- Kita selalu mengeluh dengan masalah yang timbul, masalah buat hidup kita suram, kemudian timbul  perasaan marah dan berasa kecewa. Tetapi ingatlah, ALLAH telah menyempuurnakan hidup kita dengan ciptaanNYA. Allah berikan kita AKAL supaya kita gunakannya sebaik yang mungkin, berfikirlah untuk  menyelesaikan segala masalah, barulah hidup ini mencabar. Bersyukurlah dengan nikmat kurniaanNYA ;-)

GEMBIRA :- ALLAH berikan beribu-ribu ujian supaya kita TABAH, SABAR dan BERSYUKUR.  Ingatlah dengan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. KEGEMBIRAAN pasti datang apabila kita kembali berada pada Landasan-NYA.
 
COrEtAn iKHLas DAri aNa *a$m@h*

Kita minta PANAS tapi kadangkala ALLAH turunkan HUJAN,
Kita minta KESENANGAN tapi kadangkala ALLAH  turunkan KESULITAN,
Kita minta KEGEMBIRAAN tetapi ALLAH turunkan MUSIBAH,
sehingga suatu waktu kita TIDAK MAMPU menahan BEBAN lalu menitiskan AIR MATA,
tetapi SEDARKAH kita???
di sebalik DUGAAN dan KESEDIHAN itu 
dapat mendekatkan diri kepada-NYA,
Sehingga suatu waktu ALLAH turunkan semula PELANGI INDA
untuk kita kembali TERSENYUM....
BERSABARLAH dengan UJIAN-NYA
&
BERSYUKURLAH dengan KURNIAAN-NYA;-)
22-june-2011











Friday, January 13, 2012

..Sedekah iTu akan BERGANDA..


Sepetang dengan mak ayah..


Tajuk: SEDEKAH
Sambil mendengar cerita mak ayah, ada terselit satu cerita bertajuk sedekah. Ya Allah, bersyukurnya saya berada dalam keluarga yang cukup sempurna. Ceritanya begini, ada seorang lelaki yang tiada kaki, hanya berjalan menggunakan tangan dan lutut ketika berada di pasar kata mak, agak-agak orang panggil "orang timun". Melihat kesulitan seorang insan yang kurang upaya lalu mak ke tempatnya sambil hulurkan wang, barangkali Allah menurunkan banyak ujian kepadanya.... Sambil menerima lalu insan itu menadah tangan sambil berdoa kepada ALLAH di hadapan emak, mulianya mereka kerana bersedekah kemudian menunjukkan rasa syukur dengan nikmat yang ALLAH S.W.T berikan. Saya melihat ayah, agak-agak air mata bergelinang kerana terharu. Ayah juga berhati lembut.

Emak ingatkan saya supaya jangan kedekut dan sentiasalah memberi kepada yang memerlukan. Emak cakap sedekah ni ibarat "sebutir beras yang di tanam kemudian hasilnya tumbuh satu pokok yang mengeluarkan beribu-ribu biji padi". Teremenung sambil menghayati kata-kata emak,jika kita ada RM2, kemudian datang seorang insan meminta sedekah, berilah RM1 untuknya kerana ALLAH akan membalas dengan nilai yang berganda-ganda. Andai kata kita hanya ada secebis roti, berikanlah sedikit cebisan untuk orang yang memerlukan. Barangkali hati emak sama dengan saya. Untuk emak, ye saya akan ingat pesanan itu, doakan saya supaya jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, amin....

Wednesday, January 11, 2012

B.E.R.M.O.N.O.L.O.G


Saya dengan diri saya yang mempunyai banyak kekurangan.....


Terkadang merasa terlalu merendah diri, malu untuk berada di tumpuan ramai kerana mata-mata yang akan memandang sambil berbicara fasal diri ini, apatah lagi untuk berbicara.

TOLONG BERBICARA TENTANG KEBAIKAN, SETIAP KATA-KATA ANDA ITU DOA UNTUK DIRI SAYA =)
Mengatur satu per satu langkah untuk menuju kebaikan, namun saya tahu menuju kesitu penuh dengan halangan, saya seharusnya berusaha dan sentiasa mencari kerana hasilnya amatlah indah di sisi ALLAH S.W.T...
DOAKAN SAYA BERADA DI LANDASAN ALLAH.........

CANTIK,

Cantik itu hanya sementara, itu semua hanya seketika, sampai suatu waktu cantik itu akan hilang sekelip mata. Saya berkata yang benar!! Namun kecantikan itu harus dihargai dan di jaga dengan rapi tapi bukan di julang dengan setinggi langit,
kerana cantik itu pasti memakan diri sendiri kalau kita lupa diri..
Bila anda melihat saya, jangan pernah memuji di hadapan saya, tapi pujilah ALLAH kerana-NYA saya di sini, kerana-NYA saya di ciptakan sebegini, Alhamdulillah cukup sempurna bagi saya, subhanallah "setiap ciptaan ALLAH itu indah". Cantik itu bukan pada paras rupa semata-mata, perlu cantik pada hati, cantik juga pada perbuatan.