Wednesday, January 11, 2012

B.E.R.M.O.N.O.L.O.G


Saya dengan diri saya yang mempunyai banyak kekurangan.....


Terkadang merasa terlalu merendah diri, malu untuk berada di tumpuan ramai kerana mata-mata yang akan memandang sambil berbicara fasal diri ini, apatah lagi untuk berbicara.

TOLONG BERBICARA TENTANG KEBAIKAN, SETIAP KATA-KATA ANDA ITU DOA UNTUK DIRI SAYA =)
Mengatur satu per satu langkah untuk menuju kebaikan, namun saya tahu menuju kesitu penuh dengan halangan, saya seharusnya berusaha dan sentiasa mencari kerana hasilnya amatlah indah di sisi ALLAH S.W.T...
DOAKAN SAYA BERADA DI LANDASAN ALLAH.........

CANTIK,

Cantik itu hanya sementara, itu semua hanya seketika, sampai suatu waktu cantik itu akan hilang sekelip mata. Saya berkata yang benar!! Namun kecantikan itu harus dihargai dan di jaga dengan rapi tapi bukan di julang dengan setinggi langit,
kerana cantik itu pasti memakan diri sendiri kalau kita lupa diri..
Bila anda melihat saya, jangan pernah memuji di hadapan saya, tapi pujilah ALLAH kerana-NYA saya di sini, kerana-NYA saya di ciptakan sebegini, Alhamdulillah cukup sempurna bagi saya, subhanallah "setiap ciptaan ALLAH itu indah". Cantik itu bukan pada paras rupa semata-mata, perlu cantik pada hati, cantik juga pada perbuatan.

No comments: