Friday, January 13, 2012

..Sedekah iTu akan BERGANDA..


Sepetang dengan mak ayah..


Tajuk: SEDEKAH
Sambil mendengar cerita mak ayah, ada terselit satu cerita bertajuk sedekah. Ya Allah, bersyukurnya saya berada dalam keluarga yang cukup sempurna. Ceritanya begini, ada seorang lelaki yang tiada kaki, hanya berjalan menggunakan tangan dan lutut ketika berada di pasar kata mak, agak-agak orang panggil "orang timun". Melihat kesulitan seorang insan yang kurang upaya lalu mak ke tempatnya sambil hulurkan wang, barangkali Allah menurunkan banyak ujian kepadanya.... Sambil menerima lalu insan itu menadah tangan sambil berdoa kepada ALLAH di hadapan emak, mulianya mereka kerana bersedekah kemudian menunjukkan rasa syukur dengan nikmat yang ALLAH S.W.T berikan. Saya melihat ayah, agak-agak air mata bergelinang kerana terharu. Ayah juga berhati lembut.

Emak ingatkan saya supaya jangan kedekut dan sentiasalah memberi kepada yang memerlukan. Emak cakap sedekah ni ibarat "sebutir beras yang di tanam kemudian hasilnya tumbuh satu pokok yang mengeluarkan beribu-ribu biji padi". Teremenung sambil menghayati kata-kata emak,jika kita ada RM2, kemudian datang seorang insan meminta sedekah, berilah RM1 untuknya kerana ALLAH akan membalas dengan nilai yang berganda-ganda. Andai kata kita hanya ada secebis roti, berikanlah sedikit cebisan untuk orang yang memerlukan. Barangkali hati emak sama dengan saya. Untuk emak, ye saya akan ingat pesanan itu, doakan saya supaya jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, amin....

No comments: