Friday, November 18, 2016

Bismillahirrahmanirrahim......

Ya Allah,
izinkan aku menunggu hanya pada pemberi jam ini,
yang selalu ada padaku,
cuma waktu membaiki diri,
mohon setia, hingga akhir nyawa.....



menunggumu....

Friday, November 4, 2016

Assalamualaikum w.b.t....

Lama saya tak dengar khabar awak, sihatkah awak? macam mana keadaan awak? macam mana hari-hari awak? kehidupan awak? awak masih ingat saya? tapi mungkin saya dah tak wujud lagi dalam hari-hari awak.. Semoga jumpa pengganti yang lebih baik dari diri ini...

Nasihat agama dari awak, ceramah free dari awak semua masih di simpan rapi, kalau sakit mesti nak cari awak, pasti terasa kurang sakitnya bila awak ada.. Jam masih di tangan kanan ni, kata awak sunnah elok dipakai kanan, purse hari jadi masih saya pakai, semoga setiap hari saya guna boleh pahala untuk awak, terima kasih dan amat saya hargai, hanya Allah mampu membalas jasa baik awak...

Tapi masa dah berlalu pergi, dah jauh membawa diri, yang ada cuma Allah di sisi, sakit saya serahkan padaNYA, yang pasti tiada yang kekal melainkan cinta Ilahi, mencari redha hakiki...

kita jumpa kerana Allah,
kita berpisah pun kerana Allah....

yang berlalu saya jadikan kenangan, yang akan datang jadikan harapan,
saya kembali tersenyum bila Allah sebaik-baik pengharapan,
doa untuk awak sentiasa dititip semoga bahagia dunia akhirat...

awak jaga diri, jaga kesihatan,
jagalah kedua ibubapa,
takdir kita sampai di sini,
doa jangan pernah putus,
bukan salah siapa,
cuma mungkin masih ada secebis pengharapan,
kita hanya mampu merancang dan tetapi Allah sebaik-baik perancang.....

Awak baik, tersangat baik, tapi ini takdir kita,
semoga awak berbahagia,
sentiasa dalam lindungan dan kasih sayangNYA yang Maha Berkuasa,
saya masih dengan diri saya,
berusaha menjadi bidadari,
disisi Pencipta dan bukan pada siapa-siapa....


salam ingtan sentiasa didalam doa,
last but not least...

Wednesday, November 2, 2016

Mati yang pasti

Bismillahirrahmanirrahim....

Dah lama berfikir, bila boleh ketemu mak lagi, hati ni rindu, rindu pada mak, orang yg sentiasa ada susah senang, sedih, gembira, buntu. Ya Allah, tempatkan ibuku di taman syurgaMU tanpa di hisab. Sungguh aku sayang emak, ketemukan aku dgn kedua ibubapaku di syurga nanti Ya ALLAH.

Mati,
dulu aku takut utk mengingati, seakan-akan mahu jauhi kematian tu, tapi sedari semakin hari, semakin bertambah usia, mati itu semakin menghampiri.. Ya, sudah tiba masa aku mengingati mati, kerana dunia ini sementara. Beberapa waktu ini, aku terfikir untuk pesiapkan diri utk ke alam kematian, bukan aku terasa gagal untuk hidup di dunia, cuma aku takut aku semakin lalai menuju akhirat..

Mati,
sakitnya kematian, aku takut. Sakaratul maut, aku takut. Tapi yang paling aku takut bila aku belum bersedia bertemu Sang Hakiki. Ya ALLAH, aku mohon, ampuni segala dosa-dosa aku sebelum aku di jemput olehMU.

Mati,
aku kena bersedia, bila-bila waktu sahaja aku di ambil ILAHI, saat tu, tiada siapa boleh halang aku dari mati, yang tinggal cuma amalan aku yg boleh selamatkan aku. Tapi cukupkah??? siapa lagi yang akan mendoakan aku setelah aku tiada, setakat hari ini, saat ini, aku belum punyai anak soleh/solehah utk mendoakan aku.... aku kena bersedia!!!

Mati,
aku cuba cari peralatan kematian... Sungguh, aku ingin permudahkan perjalanan aku untuk bertemu ILAHI, aku ingin percepatkan perjalanan untuk bertemu Sang Pencipta, kebumikan aku di tempat aku dimatikan, jangan perlambatkan.. Sungguh, semoga Allah permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat, matikan aku dalam sujudku bertemu ILAHI. Alhamdulillah, beberapa hari lepas aku mencari set mandi jenazah & set kafan, dan aku jumpa.... Aku mohon agar aku sentiasa mengingati mati saat aku letakkan set jenazah dalam bilik tidurku... Ya akulah "BAKAL JENAZAH".

Mati,
Ya Rahman Ya Rahim,
matikan aku dalam husnul khotimah, terimalah segala amalanku, hapuskanlah doa-dosaku & kedua ibubapaku, keluargaku, sahabat & orang yg sentiasa dalam doaku.
ku juga mohon, maafkanlah aku di setiap perkataan, perbuatan di setiap hari-hariku bersama kalian yang sentiasa menemani aku.

Mati,
Aku cuba bersedia menuju cinta hakiki, cinta ILAHI.... aku mohon, seandainya kalian yg membaca isi hati ini, permudahkanlah pemergianku, jangan hiasi kuburku dgn segala apa-apa kecuali batu sungai dan pokok utk perteduhanku.. kalian, ku mohon, maafkan aku di sepanjang perkenalan di dunia ini kerana aku tak tahu, bila ALLAH akan menjemputku pulang kepadaNYA.



akulah bakal jenazah,
cita2 ku utk menjadi bidadari di syurga ILAHI...

Tuesday, November 1, 2016

Ahlan wa sahlan November

Bismillahirrahmanirrahim.....

NOVEMBER

semoga permulaan bulan yang baik utk diri ini, 
indah di kedinginan hujan, musimnya telah tiba, 
semoga sejuk ini dapat menyejukkan hatiku, melembutkan jiwaku,
membawa aku jauh dari dunia yang sia-sia,
senyumku tatkala aku rindu,
rindulah kepada Pencipta Hakiki,
DIA lebih mengetahui..
aku mohon semoga semakin bertambah hari, semakin aku lebih dekat pada ALLAH,
MasyaAllah, ketenangan hanya ada bila hati selalu mengingatiNYA,
Ya ALLAH, andai dunia ni akan merosakkan hatiku,
aku rela tinggalkan dunia untuk mengejar nikmat hakiki,
ku mohon jauhkanlah aku dari segala tipu helah dunia,
ku mohon sentiasa dalam lindungan & dakapanMU Ya RABB,..

NOVEMBER

Ya ALLAH,
aku mohon, mohon hidup hanya keranaMU,
aku mohon matikan aku ketika aku bersujud menyembahMU,
aku mohon bahagiakan aku di syurgaMU,
aku mohon, makbulkan segala keinginanku yg tertangguh di dunia yg sementara..
Ya ALLAH,
tetapkanlah imanku, kuatkanlah jiwaku, sentiasa dekatkan aku padaMU,
Istiqomah dalam beribadah kepadaMU,
ku tinggalkan dunia utk mengejar akhirat...


   Ya Allahu Biha Ya Allahu Biha Ya Allahu bi husnil Khatimah