Tuesday, October 11, 2011

InGin SayA

Ingin saya jadi SEMPURNA. Sempurna pada akhlak, diri sendiri dan paling sempurna di mata semua. Hakikatnya saya tak mampu gembirakan semua yang berada di samping saya. Tersedar saya bahawa diri ini tidak sempurna. tidak sesempurna Siti Aisyah, tidak setabah Siti Khadijah. Jauh di sudut hati saya pasti tidak sempurna.

DULU saya leka dan alpha dengan kehidupan yang meningkat remaja, tidak tahu kemana haluan hidup. Kadang-kala hati ini menjadi kosong ibarat daun kering dan lalang yang terbang di tiup angin. Nah, beginikah hidup yang sempurna??
Ayah dan mak tak pernah mengeluh untuk mengajar anak yang begitu degil ini. Tak pernah mengalah untuk mendidik saya menuju kehidupan yang sempurna, diiringi panduan agama yang satu. tapi hati saya selalu berubah melihat dunia yang penuh penipuan,penuh dengan dugaan. YA, TERKADANG SAYA LUPA kerana saya ini manusia yang lemah. Saya ini insan yang banyak berdosa kepada semua....

SEHINGGA suatu waktu ketika meningkat dewasa, saya terfikir untuk memilih sama ada mencari KESEMPURNAAN yang membawa ketenangan atau terus hanyut dalam dunia yang penuh dengan khayalan. Terus mencari dan mencari sehingga ketenangan itu muncul kembali dalam diri, saya sudah menjumpai KETENANGAN. Mak ayah, terima kasih yang teramat kerana tak pernah jemu membimbing saya untuk terus hidup di dunia dan mengingatkan saya tentang akhirat.


MAK,AYAH.......
tahu tak anakmu ini ingin berubah menuju kebaikan. Ingin berada pada jalan yang satu. Saya nak jadi sempurna macam mak dan ayah. Saya takut mati, seyes saya takut. Oleh kerana itu saya memilih untuk kembali ke tempat asal. Islam agama saya, ALLAH itu TUHAN yang satu, dan Nabi Muhammad itu penghulu segala manusia,pesuruh ALLAH.

Ys ALLAH............
Peliharakan la hati saya,mak dan ayah, famili dan orang yang saya sayang agar tidak terpesong ke arah yang lain. Lindungi kami dari segala godaan dan permudahkan la jalan menuju-MU ya RABBI

No comments: