"mEnGhArGAi SEcEbiS wAktU uNtUkKu DiDuniA, LaLu Di tUlis MenJaDi KeNanGan, SeMoGa ALLAH sEnTiAsA mEmBeRi hiDAyAh kEpAdAku jUga TeMAn-TeManKu, sEmOgA tAk LupA pAda PENCIPTAku"
Ya Allah,
izinkan aku menunggu hanya pada pemberi jam ini,
yang selalu ada padaku,
cuma waktu membaiki diri,
mohon setia, hingga akhir nyawa.....
menunggumu....
Friday, November 4, 2016
Assalamualaikum w.b.t....
Lama saya tak dengar khabar awak, sihatkah awak? macam mana keadaan awak? macam mana hari-hari awak? kehidupan awak? awak masih ingat saya? tapi mungkin saya dah tak wujud lagi dalam hari-hari awak.. Semoga jumpa pengganti yang lebih baik dari diri ini...
Nasihat agama dari awak, ceramah free dari awak semua masih di simpan rapi, kalau sakit mesti nak cari awak, pasti terasa kurang sakitnya bila awak ada.. Jam masih di tangan kanan ni, kata awak sunnah elok dipakai kanan, purse hari jadi masih saya pakai, semoga setiap hari saya guna boleh pahala untuk awak, terima kasih dan amat saya hargai, hanya Allah mampu membalas jasa baik awak...
Tapi masa dah berlalu pergi, dah jauh membawa diri, yang ada cuma Allah di sisi, sakit saya serahkan padaNYA, yang pasti tiada yang kekal melainkan cinta Ilahi, mencari redha hakiki...
kita jumpa kerana Allah,
kita berpisah pun kerana Allah....
yang berlalu saya jadikan kenangan, yang akan datang jadikan harapan,
saya kembali tersenyum bila Allah sebaik-baik pengharapan,
doa untuk awak sentiasa dititip semoga bahagia dunia akhirat...
awak jaga diri, jaga kesihatan,
jagalah kedua ibubapa,
takdir kita sampai di sini,
doa jangan pernah putus,
bukan salah siapa,
cuma mungkin masih ada secebis pengharapan,
kita hanya mampu merancang dan tetapi Allah sebaik-baik perancang.....
Awak baik, tersangat baik, tapi ini takdir kita,
semoga awak berbahagia,
sentiasa dalam lindungan dan kasih sayangNYA yang Maha Berkuasa,
saya masih dengan diri saya,
berusaha menjadi bidadari,
disisi Pencipta dan bukan pada siapa-siapa....
Dah lama berfikir, bila boleh ketemu mak lagi, hati ni rindu, rindu pada mak, orang yg sentiasa ada susah senang, sedih, gembira, buntu. Ya Allah, tempatkan ibuku di taman syurgaMU tanpa di hisab. Sungguh aku sayang emak, ketemukan aku dgn kedua ibubapaku di syurga nanti Ya ALLAH.
Mati,
dulu aku takut utk mengingati, seakan-akan mahu jauhi kematian tu, tapi sedari semakin hari, semakin bertambah usia, mati itu semakin menghampiri.. Ya, sudah tiba masa aku mengingati mati, kerana dunia ini sementara. Beberapa waktu ini, aku terfikir untuk pesiapkan diri utk ke alam kematian, bukan aku terasa gagal untuk hidup di dunia, cuma aku takut aku semakin lalai menuju akhirat..
Mati,
sakitnya kematian, aku takut. Sakaratul maut, aku takut. Tapi yang paling aku takut bila aku belum bersedia bertemu Sang Hakiki. Ya ALLAH, aku mohon, ampuni segala dosa-dosa aku sebelum aku di jemput olehMU.
Mati,
aku kena bersedia, bila-bila waktu sahaja aku di ambil ILAHI, saat tu, tiada siapa boleh halang aku dari mati, yang tinggal cuma amalan aku yg boleh selamatkan aku. Tapi cukupkah??? siapa lagi yang akan mendoakan aku setelah aku tiada, setakat hari ini, saat ini, aku belum punyai anak soleh/solehah utk mendoakan aku.... aku kena bersedia!!!
Mati,
aku cuba cari peralatan kematian... Sungguh, aku ingin permudahkan perjalanan aku untuk bertemu ILAHI, aku ingin percepatkan perjalanan untuk bertemu Sang Pencipta, kebumikan aku di tempat aku dimatikan, jangan perlambatkan.. Sungguh, semoga Allah permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat, matikan aku dalam sujudku bertemu ILAHI. Alhamdulillah, beberapa hari lepas aku mencari set mandi jenazah & set kafan, dan aku jumpa.... Aku mohon agar aku sentiasa mengingati mati saat aku letakkan set jenazah dalam bilik tidurku... Ya akulah "BAKAL JENAZAH".
Mati,
Ya Rahman Ya Rahim,
matikan aku dalam husnul khotimah, terimalah segala amalanku, hapuskanlah doa-dosaku & kedua ibubapaku, keluargaku, sahabat & orang yg sentiasa dalam doaku.
ku juga mohon, maafkanlah aku di setiap perkataan, perbuatan di setiap hari-hariku bersama kalian yang sentiasa menemani aku.
Mati,
Aku cuba bersedia menuju cinta hakiki, cinta ILAHI.... aku mohon, seandainya kalian yg membaca isi hati ini, permudahkanlah pemergianku, jangan hiasi kuburku dgn segala apa-apa kecuali batu sungai dan pokok utk perteduhanku.. kalian, ku mohon, maafkan aku di sepanjang perkenalan di dunia ini kerana aku tak tahu, bila ALLAH akan menjemputku pulang kepadaNYA.
semoga sejuk ini dapat menyejukkan hatiku, melembutkan jiwaku,
membawa aku jauh dari dunia yang sia-sia,
senyumku tatkala aku rindu,
rindulah kepada Pencipta Hakiki,
DIA lebih mengetahui..
aku mohon semoga semakin bertambah hari, semakin aku lebih dekat pada ALLAH,
MasyaAllah, ketenangan hanya ada bila hati selalu mengingatiNYA,
Ya ALLAH, andai dunia ni akan merosakkan hatiku,
aku rela tinggalkan dunia untuk mengejar nikmat hakiki,
ku mohon jauhkanlah aku dari segala tipu helah dunia,
ku mohon sentiasa dalam lindungan & dakapanMU Ya RABB,..
NOVEMBER
Ya ALLAH,
aku mohon, mohon hidup hanya keranaMU,
aku mohon matikan aku ketika aku bersujud menyembahMU,
aku mohon bahagiakan aku di syurgaMU,
aku mohon, makbulkan segala keinginanku yg tertangguh di dunia yg sementara..
Ya ALLAH,
tetapkanlah imanku, kuatkanlah jiwaku, sentiasa dekatkan aku padaMU,
Istiqomah dalam beribadah kepadaMU,
ku tinggalkan dunia utk mengejar akhirat...
Ya Allahu Biha Ya Allahu Biha Ya Allahu bi husnil Khatimah
Friday, October 28, 2016
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya ALLAH,
jika nikmat dunia melalaikan aku,
jauhkanlah aku dari ia,
hapuskanlah dunia,
bawa aku menuju akhirat...
jika sakit ini membuatkan aku dekat denganMU,
cukuplah itu nikmat untukku
takdirkan aku kebahagiaan di Syurga MU Ya RABB....
Ya RAHMAN,
Kasihanilah aku,
hadirkanlah rasa indah ketika aku bersujud kepadaMU,
kekalkanlah keindahan di jalanMU,
nikmat yang tak pernah Engkau dustakan
Ya RAHIM,
andai tiba waktu utk aku menghadapMU,
andai tiba waktu utk kembali padaMU,
persiapkanlah aku,
permudahkanlah segala urusanku,
ambillah aku ketika aku bersujud menyembahMU,
Kekasih hakiki,
mencari cinta ILAHI..
cita-cita sang hamba,
ingin menjadi bidadari di syurga ILAHI....
Friday, October 14, 2016
Bismillahirrahmanirrahim.....
Ya Allah, semakin bertambah umurku, semakin banyak dosaku, aku manusia yang lemah tatkala ujian menyapa.. Ya Allah, aku takut pada dunia sementara, lindungi aku dari kelalaian, lindungilah dari kealpaan..... Seandainya bahagia membuatkan aku jauh dariMu, ingatkanlah aku, tinggalkan bahagia dunia untuk mencari bahagia di syurgaMu nanti...
Ya Allah,
Nikmatnya sakit, seperti kain yg di pulas- pulas utk di kering, uratnya tertarik-tarik bagai selepas tersimpul, berangin seolah bernyayi di kawasan lapang, seharian semakin lemah, cuba mencari kekuatan.....
Ya Rahman,
sedari aku tentang takdir di setiap perjalanan hidup ini.. kuatkan hatiku kuat imanku...
Ya Allah,
Nikmatnya sakit, seperti kain yg di pulas- pulas utk di kering, uratnya tertarik-tarik bagai selepas tersimpul, berangin seolah bernyayi di kawasan lapang, seharian semakin lemah, cuba mencari kekuatan.....
Ya Rahman,
sedari aku tentang takdir di setiap perjalanan hidup ini.. kuatkan hatiku kuat imanku...
Ya Allah,
Saat dunia semakin celaru,
Saat aku semakin buntu,
Rupanya dunia ini Penipu,
Supaya aku lalai dari mengingatiMU...
Ya Allah,
Hebatnya wanita bukan pada kecantikan,
Hebatnya wanita bukan pada merdunya setiap perkataan,
Kerana hebatnya wanita melalui kekuatan pada zahirnya kerana Allah yang akan berkekalan,
Tuhan Pencipta sekalian alam....
Ya Allah,
Ramai wanita cantik kiannya seperti puteri,
Ramai wanita cantik seperti rama-rama terbang di bawah mentari,
Jangan di hinggap kumbang yg datang dan pergi,
kerana ia pasti menghancuri diri...
Ya Allah,
Aku cuba menginsafi diri,
kerana dosa seringku bersendiri,
aku ingin dosa-dosa berlalu pergi,
Menjadi diri sendiri, berusaha menjadi bidadari,
bukan pada duniawi,
Tapi untuk cinta hakiki, cinta Ilahi........
Hampir 3 tahun mak pergi tinggalkan kite, kite rindu mak sangat2, rindu banyak bintang, hidup kite sunyi mak, hari2 yang berlalu ni sepi.. semoga nanti kite dapat jumpa lagi ye mak, kite nk ikut mak, tapi kite persiapkan diri dulu ye... dunia ni penat sgt2.... Kite sedih :'(
Biasa ptg2 camni mesti kite lepak kat luar rumah kan mak, mesti mak suruh siram pokok bunga mak, tolong mak angkat kain jemuran, tgk matahari yg semakin redup menanti malam, nikmati sngin senja...
Mak, sekarang kite tak tahu mane haluan hidup, kite tak reti buat keputusan, kite tak reti nak pilih mana satu jalan betul. Mak, kite sorg2 hadapi hidup ni, kite jadi pendiam dikala ramai, kite takut nak tempuh hidup sorg2...
Mak, kite rindu mak, rindu aktiviti dengan mak, rindu nk habiskan masa utk mak, rindu nk makan masakan mak, tp skrg hanya doa mampu dekatkan kite kan mak, kdg2 rindu buat kite menangis sorg2, kdg2 kite tak kuat utk hidup kat dunia ni mak... Dulu bile cikgu tanya bila besar nak jadi ape, mesti kite cakap nak jadi cikgu la, engineer la, pensyarah la... Tapi sekarang kalau di tanya, mesti kite jawab nk jadi anak solehah yg sentiasa mendoakan mak ayah, nak jadi hamba Allah yg bertakwa, boleh ke kite nak jadi bidadari di syurga Allah??... Tinggi betul cita2 tu, mohon ALLAH makbulkan....
Mak, mana pon kite pergi, mak tetap di hati. Moga ALLAH tempatkan mak bersama orang2 yang beriman, semoga mak berada di syurga ALLAH tanpa di hisab, pesanan & doa mak sentiasa dlm ingatan kite, mak paling hebat sbb mak didik ank2 mak cukup sempurna....
Ya ALLAH, bahagiakanlah ibuku sebagaimana dia membahagiakan aku sejak dari dalam rahimnya.....
Rindu paling dalam,
♡♡♡Al-fatihah utk mak♡♡♡
Friday, August 5, 2016
Ya ALLAH,
Hatiku bukan untukku tapi padaNYA,
bukan pula pada kita,
kerana ia mudah terluka,
Jika kita cuba mengubahnya.......
Aku masih merawat hati ini,
kesannya masih lagi terpatri,
yang baru berlalu pergi,
tinggal aku sendiri....
Hati kita terpisah,
biarpun resah gelisah,
cubalah untuk tabah,
cuma masih berharap dan moga takdir berubah,
takdir kita kembali bersatu menjadi utuh....
Aku mengubati hati,
kembali kepada Hakiki,
moga ketemu lagi,
bersama berjalan menuju Ilahi.................
pujuklah hati utk redha di jalanMu, tetapkanlah hatiku agar mencintaiMu melebihi cinta duniawi.... Ya Allah, berikan aku ketenangan di setiap langkah hidupku... jgn pernah biar aku lemah Ya Rabb...
Ya Allah,
didiklah hatiku agar sentiasa di jalanMu,
didik aku utk redha di setiap pertemuan & perpisahan....
Dear ALLAH,
Sometimes I'm feel lonely,
I don't know what should I do in my life,
I'm try wake up from my dream,
Try to wake up from my sleep.....
Ya ALLAH,
I wish I can get HIDAYAH from YOU,
Always in my DOA,
But YOU give me UJIAN,
Yes, I found HIDAYAH from Your UJIAN......
Alhamdulillah Ya RABBI......
Ya ALLAH,
When I don't know what to do,
I wish ALLAH can help me for everything.
Yes, I'm not alone,
because YOU always be with me, always when I need YOU much....
Saat jatuh,
pandanglah langit,
disana ada Tuhanmu,
mohon bimbing di jalanNYA,
kerana ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang....
Saat bangun,
angkatlah tanganmu,
mohonlah pada Penciptamu,
kerana ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...
Saat berjaya kelak,
pandanglah tanah,
disitu permulaan, disitu jugalah pengakhiran dirimu,
tiada yang kekal hanyalah sementara,
kerana Allah Maha Berkuasa lagi Maha Agung...
Jangan give up, tapi give it up....
Lillahi Taala....
-CikAsmah-
Saturday, April 23, 2016
ALLAHURABBI,
Maafkan hambaMU yg lemah lagi hina ini.....
Jadikanlah ia nota di setiap perjalanan hidup kami :-
" Andai di beri kesenangan tapi boleh menjauhkan kita dari ALLAH itu adalah Istidraj ( kesenangan dan nikmat yang Allah berikan kepada orang yang jauh dari-Nya yang sebenarnya itu menjadi azab baginya.)"
tapi
" Andai ujian yang di berikan itu membuatkan kita lebih dekat dengan ALLAH itu adalah Nikmat..."
Ya Rasulullah....... Akulah wanita, Tidak setabah Siti Khadijah, Kekuatannya untuk menegakkan islam Sehingga sanggup menggadaikan harta menuju jalanMU, Tapi Aku, Hanya wanita di akhir zaman.....
Ya Rasulullah.......
Aku wanita, Tidak sehebat Siti Fatimah, Sanggup menghadapi cacian & rintangan demi kebangkitan islam, Kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman.....
Ya Rasulullah.......
Aku hanya wanita, Tidak sekukuh iman Sumayyah, Yang sanggup di siksa sehingga syahid di jalanMU Ya Rabbi, Kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman....
Ya Rasulullah.......
Aku wanita, Tidak seteguh cinta Rabiatul Adawiyah, Cinta yang menggunung kepada Maha Pencipta, Sehingga tiada tandingan cinta sesama manusia, Tapi aku, Hanyalah wanita di akhir zaman.......
Ya Rasulullah.........
Indahnya hidup di zamanmu, Mereka di antara wanita-wanita tabah, Yang telah dijanjikan syurga oleh ALLAH, Tapi aku, Hanyalah wanita di akhir zaman yang belum pasti di mana pengakhiranku.... Ya Rasulullah.......
Mencabarnya hidup di zamanku, Dugaan & godaan dunia sering mengganggu, Bagaimana harusku tempuh, Kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman..... Ya Rasulullah......... Indahnya hidup di jalan ALLAH, Dan masih sempatkah aku bersama srikandi-srikandi Islam sebenar?? kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman.....
Ya Rasulullah.........
Akan aku sentiasa mencari, Dimana pesanmu menuju ILAHI, Aku berharap agar sentiasa dalam lindungan, rahmat & keredhaan ALLAH, kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman........
Maafkan aku di setiap perjalanan hidupku YA ALLAH.....
Hari ni tak siapa ada bila kite susah,
boleh kira siapa sahabat, siapa kawan,
memang masa mereka bukan untuk kita,
cuma kita akan tahu siapa kawan siapa sahabat....
Bila senang ramai orang nak berdamping,
itu lumrah,
bila susah tiada siapa mahu di sisi,
itu juga lumrah,
Tolonglah selagi mampu, ikhlas kerana Allah,
Yang nak berjaya itu aku, biar aku sendiri yg usaha...
semoga aku berjaya dunia & akhirat.
Ayah,
hidup ni sunyi sangat, tanpa mak, tanpa orang tersayang di sisi. Ayah, dulu bila anak balik ke kampung, mesti mak sambut dgn hidangan masakan yg enak, anak tau ayah pon rindu mak. Anak tgk ayah semakin hari semakin kurus, ayah pon cakap badan ayah sakit-sakit, da tak larat. Maafkan anakmu andai tak dapat jadi anak yang baik, maafkan anakmu andai tak dapat ketemu bahagia, maafkan anakmu, semoga Allah pjgkn umr ayah & tunaikan permintaan ayh utk jadi wali anak. Ayah, mana anak nak berteduh andai ayah pergi bertemu Sang Hakiki??
Anak sayang ayah, sayang banyak bintang...
Ayah,
petang ni kita dapat borak sama-sama lagi, cukup menyentuh hati. Ayah mana yang tak bahagia bila anak nak cari bahagia. Maaf bila anak rahsia tentang dia, masih lagi berharap ia kembali bahagiakan anak. mohon doa ayah mengiringi kebahagiaan anak. Ayah, anak tak tahu mana silap kehidupan ini, anak mencari erti bahagia, mohon ini bukan pengakhiran kami ya ayah.
Ayah,
anak nak cari kasih seorang ibu, anak nak sayang ibunya sebagaimana anak sayang arwah
mak, seikhlas hati anak nak jaga ibu macam anak jaga arwah mak sampai nafas terakhir. Ayah doakan semoga ibu terbuka hati utk terima anaķ. Semoga Allah makbul doa anak.
Ayah,
untuk kami, anak sedang mengubat hati, hati ini jadi kosong hilang seketika, mungkin anak sedang terluka, anak sedang bersedih. Mohon Allah jaga hati kami di jalanNYA, ada hikmah mungkin, Allah belum hadirkan dia untuk anak, mungkin Allah uji kami utk meletakkan cinta Allah melebihi cinta kami, ajar kami redha di jalanNya, mungkin juga ajar erti kesabaran utk anak terus berdoa mohon pertolonganNya. Moga Allah kembalikan dia utk anak.
Mohon setia mengiringi hari-hari kami.
Ayah,
Saat dulu anak ketemu dia, sungguh anak bahagia, dalam hati mungkin sudah masa ank tunaikan hasrat ayah. resah ayah bila anak perempuan terakhirnya, maafkan anak. Semoga Allah panjangkan umur ayah agar dapat jadi wali anak yg terakhir ini. Sungguh anak ingin bahagia
Ya Rabbi,
Semoga kembalikan dia dengan membawa restu seorang ibu, sempatkanlah aku tunaikan hasrat ayah untuk jadi waliku dengan membawa restu mereka...
Saat lemah kaku terpaku, berfikir sejenak kenapa & mengapa aku di uji sedangkan melihat teman berbahagia dengan ceritanya.. Allahu Rabbi, nikmat kasih sayang yang Engkau berikan dalam bentuk ujian mengajar aku cara utk redha di jalanMU...
Tak siapa di sekelilingku dapat bantu diri aku melainkanMU wahai Sang Pencipta seluruh alam. Ketenangan itu hanya ada bila di jalanMu...
Tak siapa mengerti peritnya realiti, siapa yang peduli utk hati ini..Kekuatan melalui air mata..
Allahu Rabbi, aku mohon dekat di jalanMu..
Ya Rabbi,
terima kasih atas nikmat kasih sayang melalui ujian yang Engkau berikan kepada
hambaMu yang lemah lagi hina ini...
Semoga kami sentiasa dalam rahmat & kasih sayangMU,
bimbinglah kami menuju ke jalanMu Ya Allah...
Aku,
letih dengan dunia,
rehatkanlah aku dengan ketenanganMU ya Rabb..
Aku,
hampir jatuh lagi dengan ujian dunia,
maafkan aku di setiap resahku yang lemah,
aku lemah, bangunku rebah...
Allah,
pinjamkanlah aku kebahagiaan,
izinkan aku mencari ketenangan,
hadirkan penghibur di kesunyian langkah menujuMu,
Sungguh aku perlu bahu utk bangkit,
aku keseorangan, aku ini lemah...
Ya RABBI,
Dunia ini besar bagiku, kecil bagiMU,
moga ketemukan kembali dia kepadaku,
mencari hati tenang untukku dekat denganMU,
membawa kami kepada cintaMU,
Cinta hakiki, cinta Sang Pencipta mohonku ketemu..
Wahai bakal zaujku,
doakan aku dalam doamu,
semoga kita kembali bertemu,
memohon restu cinta bersatu,
jadikan cinta DIA yang Maha Satu...
Biarlah cinta kami haluannya mencari cinta sejati, mengabdikan diri mencari cinta Ilahi. Ketemukan kami semula Ya Rabbi, jodohkan kami.. jadikan dia bakal zaujku yg membawa aku ke syurgaMU...