Friday, September 2, 2016

Bidadari SyurgaMU

Ya Allah,
Saat dunia semakin celaru,
Saat aku semakin buntu,
Rupanya dunia ini Penipu,
Supaya aku lalai dari mengingatiMU...

Ya Allah,
Hebatnya wanita bukan pada kecantikan,
Hebatnya wanita bukan pada merdunya setiap perkataan,
Kerana hebatnya wanita melalui kekuatan pada zahirnya kerana Allah yang akan berkekalan,
Tuhan Pencipta sekalian alam....

Ya Allah,
Ramai wanita cantik kiannya seperti puteri,
Ramai wanita cantik seperti rama-rama terbang di bawah mentari,
Jangan di hinggap kumbang yg datang dan pergi,
kerana ia pasti menghancuri diri...

Ya Allah,
Aku cuba menginsafi diri,
kerana dosa seringku bersendiri,
aku ingin dosa-dosa berlalu pergi,
Menjadi diri sendiri, berusaha menjadi bidadari,
bukan pada duniawi,
Tapi untuk cinta hakiki, cinta Ilahi........


berusaha menjadi bidadari syurga Ilahi.........