Friday, April 22, 2016

Aku Hanyalah Wanita Di Akhir Zaman....

Bismillahirahmanirrahim......


Ya Rasulullah.......

Akulah wanita,
Tidak setabah Siti Khadijah,
Kekuatannya untuk menegakkan islam
Sehingga sanggup menggadaikan harta menuju jalanMU,
Tapi Aku,
Hanya wanita di akhir zaman.....

Ya Rasulullah.......

Aku wanita,
Tidak sehebat Siti Fatimah,
Sanggup menghadapi cacian & rintangan demi kebangkitan islam,
Kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman.....

Ya Rasulullah.......

Aku hanya wanita,
Tidak sekukuh iman Sumayyah,
Yang sanggup di siksa sehingga syahid di jalanMU Ya Rabbi,
Kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman....

Ya Rasulullah.......

Aku wanita,
Tidak seteguh cinta Rabiatul Adawiyah,
Cinta yang menggunung kepada Maha Pencipta,
Sehingga tiada tandingan cinta sesama manusia,
Tapi aku,
Hanyalah wanita di akhir zaman.......

Ya Rasulullah.........

Indahnya hidup di zamanmu,
Mereka di antara wanita-wanita tabah,
Yang telah dijanjikan syurga oleh ALLAH,
Tapi aku, 
Hanyalah wanita di akhir zaman yang belum pasti di mana pengakhiranku....

Ya Rasulullah.......

Mencabarnya hidup di zamanku,
Dugaan & godaan dunia sering mengganggu,
Bagaimana harusku tempuh,
Kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman.....

Ya Rasulullah.........

Indahnya hidup di jalan ALLAH,
Dan masih sempatkah aku bersama srikandi-srikandi Islam sebenar??
kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman.....

Ya Rasulullah.........

Akan aku sentiasa mencari,
Dimana pesanmu menuju ILAHI,
Aku berharap agar sentiasa dalam lindungan, rahmat & keredhaan ALLAH,
kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman........


Maafkan aku di setiap perjalanan hidupku YA ALLAH.....
-ana nur asmah-