Wednesday, January 25, 2012

KEhiDuPaN

..Hidup terlalu gembira sampai suatu ketika lupa pada PENCIPTA..

Berada di suatu kawasan yang lapang,
Hati menjadi kosong,
makin bercelaru, serabut...
Awak bikin saya cantik ke??
cuba bijak dengan akal  bukan  nafsu
..........................................Mengapa ALLAH ciptakan saya di dunia ini???......
dengan  perasaan yang bermacam-macam.................
KECEWA??
MARAH??
MASALAH?? 
 KEMUDIAN GEMBIRA??


JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN:-
Setiap manusia di berikan satu hati untuk di jaga dengan sebaik-baiknya agar hati itu tidak menjadi kotor dan busuk kelak..

KECEWA :- ALLAH berikan hati supaya kita dapat merasai PERASAAN, perasaan sedih  wujud dan kemudian timbulnya kekecewaan,  bila kecewa kita berdoa kepada ALLAH supaya kembalikan kebahagiaan itu. Sedarkah dengan kecewa yang ALLAH berikan  itu adalah supaya kita kembali dekat kepadaNYA dan  menjadi seorang yang paling TABAH (menghadapi setiap dugaan).....

MARAH :- Hati juga boleh merasai perasaan MARAH, marah itu sifat syaitan. Syaitan amat  suka bila manusia mempunyai perasaan yang sama dengannya. Terkadang kita lupa tentang KESABARAN. Tahukah anda dengan kesabaran boleh menghapuskan api-api kemarahan.
"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)"....

MASALAH :- Kita selalu mengeluh dengan masalah yang timbul, masalah buat hidup kita suram, kemudian timbul  perasaan marah dan berasa kecewa. Tetapi ingatlah, ALLAH telah menyempuurnakan hidup kita dengan ciptaanNYA. Allah berikan kita AKAL supaya kita gunakannya sebaik yang mungkin, berfikirlah untuk  menyelesaikan segala masalah, barulah hidup ini mencabar. Bersyukurlah dengan nikmat kurniaanNYA ;-)

GEMBIRA :- ALLAH berikan beribu-ribu ujian supaya kita TABAH, SABAR dan BERSYUKUR.  Ingatlah dengan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. KEGEMBIRAAN pasti datang apabila kita kembali berada pada Landasan-NYA.
 
COrEtAn iKHLas DAri aNa *a$m@h*

Kita minta PANAS tapi kadangkala ALLAH turunkan HUJAN,
Kita minta KESENANGAN tapi kadangkala ALLAH  turunkan KESULITAN,
Kita minta KEGEMBIRAAN tetapi ALLAH turunkan MUSIBAH,
sehingga suatu waktu kita TIDAK MAMPU menahan BEBAN lalu menitiskan AIR MATA,
tetapi SEDARKAH kita???
di sebalik DUGAAN dan KESEDIHAN itu 
dapat mendekatkan diri kepada-NYA,
Sehingga suatu waktu ALLAH turunkan semula PELANGI INDA
untuk kita kembali TERSENYUM....
BERSABARLAH dengan UJIAN-NYA
&
BERSYUKURLAH dengan KURNIAAN-NYA;-)
22-june-2011











Friday, January 13, 2012

..Sedekah iTu akan BERGANDA..


Sepetang dengan mak ayah..


Tajuk: SEDEKAH
Sambil mendengar cerita mak ayah, ada terselit satu cerita bertajuk sedekah. Ya Allah, bersyukurnya saya berada dalam keluarga yang cukup sempurna. Ceritanya begini, ada seorang lelaki yang tiada kaki, hanya berjalan menggunakan tangan dan lutut ketika berada di pasar kata mak, agak-agak orang panggil "orang timun". Melihat kesulitan seorang insan yang kurang upaya lalu mak ke tempatnya sambil hulurkan wang, barangkali Allah menurunkan banyak ujian kepadanya.... Sambil menerima lalu insan itu menadah tangan sambil berdoa kepada ALLAH di hadapan emak, mulianya mereka kerana bersedekah kemudian menunjukkan rasa syukur dengan nikmat yang ALLAH S.W.T berikan. Saya melihat ayah, agak-agak air mata bergelinang kerana terharu. Ayah juga berhati lembut.

Emak ingatkan saya supaya jangan kedekut dan sentiasalah memberi kepada yang memerlukan. Emak cakap sedekah ni ibarat "sebutir beras yang di tanam kemudian hasilnya tumbuh satu pokok yang mengeluarkan beribu-ribu biji padi". Teremenung sambil menghayati kata-kata emak,jika kita ada RM2, kemudian datang seorang insan meminta sedekah, berilah RM1 untuknya kerana ALLAH akan membalas dengan nilai yang berganda-ganda. Andai kata kita hanya ada secebis roti, berikanlah sedikit cebisan untuk orang yang memerlukan. Barangkali hati emak sama dengan saya. Untuk emak, ye saya akan ingat pesanan itu, doakan saya supaya jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, amin....

Wednesday, January 11, 2012

B.E.R.M.O.N.O.L.O.G


Saya dengan diri saya yang mempunyai banyak kekurangan.....


Terkadang merasa terlalu merendah diri, malu untuk berada di tumpuan ramai kerana mata-mata yang akan memandang sambil berbicara fasal diri ini, apatah lagi untuk berbicara.

TOLONG BERBICARA TENTANG KEBAIKAN, SETIAP KATA-KATA ANDA ITU DOA UNTUK DIRI SAYA =)
Mengatur satu per satu langkah untuk menuju kebaikan, namun saya tahu menuju kesitu penuh dengan halangan, saya seharusnya berusaha dan sentiasa mencari kerana hasilnya amatlah indah di sisi ALLAH S.W.T...
DOAKAN SAYA BERADA DI LANDASAN ALLAH.........

CANTIK,

Cantik itu hanya sementara, itu semua hanya seketika, sampai suatu waktu cantik itu akan hilang sekelip mata. Saya berkata yang benar!! Namun kecantikan itu harus dihargai dan di jaga dengan rapi tapi bukan di julang dengan setinggi langit,
kerana cantik itu pasti memakan diri sendiri kalau kita lupa diri..
Bila anda melihat saya, jangan pernah memuji di hadapan saya, tapi pujilah ALLAH kerana-NYA saya di sini, kerana-NYA saya di ciptakan sebegini, Alhamdulillah cukup sempurna bagi saya, subhanallah "setiap ciptaan ALLAH itu indah". Cantik itu bukan pada paras rupa semata-mata, perlu cantik pada hati, cantik juga pada perbuatan.

Saturday, December 24, 2011

Kelapangan sedikit

Bila berfikir macam-macam akan timbul, bestkan jadi kanak-kanak dulu, tak perlu susah untuk berfikir masa akan datang, dalam kepala asyik fikir main je. "mane tawan-tawan iter mase tecik dulu? hmm... Seronok sangat masa tu, saye la orang yang paling bahagia dengan dunia saye sendiri.. Tak ade siapa pon yang mengganggu, haha.

Sekarang saye dah besar, berat saye 43kg & tinggi 158cm di saat umur 22thn 1 1/2bln. Tapi org panggil saye papan, teruk org tu, jangan risau coz saye tak ambil hati pon,hehe. Kenyataan saye memang kurus berbanding waktu sekolah dulu. Ala, tak menjejaskan kesihatan saya pon walau kurus.

Di saat saye dewasa, hidup menjadi semakin rumit, serumit rambut afro.. Walaupon ia merumitkan hati tapi saye tetap kena tempuh dengan hati yang tenang. Kawan-kawan tecik dulu sukakan saya,sekarang dah besar & masing-masing sudah berpunya, tapi saye still begini..haha~

Semakin saye dewasa, semakin saye kenal dunia, semakin saya berhati-hati. Bukan saya tak pernah couple tapi saye takut kecewa, akhirnya tindakan saye adalah tak perlu bercouple kerana saye tak pecaya pada lelaki(kini).. Opsss,sorry ini adalah kenyataan yang saye alami, keciwa tapi itu pengalaman saye, ahakz....

so sekarang, mereka tak perlu terlalu jujur untuk katakan "saya suka awak" kerana itu membuatkan mereka jauh dari saye, lebih baik mereka simpan dalam hati sahaja kerana mungkin saya akan mengecewakan dia sebelum dia kembali kecewakan saye.. Di saat ini saye tak jumpa lelaki yang paling jujur dalam dunia untuk memberikan kejujuran hatinya hanya untuk saye. Saye bukan memilih,tapi saya nak bahagia selamanya.

Boleh tak seseorang muncul dalam hidup saye untuk bawa saya ke jalan yang saye ingin tuju? boleh tak seseorang hargai saya dan bimbing saya hanya pada agama ALLAH.. boleh tak seseorang datang dan membawa kesetiaannya hanya kepada saye?? Mungkin itu paling merumitkan di zaman ini tapi ia juga tak mustahil... Tawakkaltualallah.....

Suatu hari nanti,saye teringin sangat pakai baju yang lebih cantik dengan keadaan yang paling tertutup. Menjadi sebaik-baik wanita di sisi PENCIPTA dan yang paling penting anak yang solehah... Boleh ingatkan & bimbing saya ke arah itu.... Semoga ALLah memberi sejuta hidayah agar kita kembali kepada-NYA

p/s: sebenarnya hidup ini paling indah jika kita pandai menghargai masa-masa itu tanpa melalaikan perintah-NYA..

Friday, December 23, 2011

Kekasih..

Ya Allah,
seandainya aku jatuh cinta,
cintakanlah hatiku kepada insan yang menyintai-MU,
agar cinta kami sentiasa menjadi satu,
membawa cinta kami kepada cinta yang teragung..

Ya Allah,
Seandainya dia untuk diriku,
dekatkan hatinya untuk mengenal erti ketenangan-Mu,
supaya hatinya terpaut pada keindahan ciptaan-Mu,
dan kekalkanlah keindahan itu sehingga ke akhirnya,

Ya Allah,
seandainya dia tercipta untukku,
ciptakanlah hatinya dengan keimanan untuk-Mu,
agar dia membimbing hatiku untuk mendekati-Mu,
semoga kami tidak lalai dari mengingati-Mu.....

Saturday, November 5, 2011

waiting 4 my day...huhu~


final countdown....3,2,1..it's my day..ahakz


wish:-
1) saya harap nanti saya dapat masuk syurga dengan senang, so saya tak boleh lupa
pada Pencipta saya.

2) Semoga saya jadi hamba yang patuh pada ALLAH, anak yang baik untuk ibu bapa, sahabat yang disayangi oleh teman dan insan yang sempurna.

3) Nak jadi baik tu bukan senang dan nak jadi susah tu bukan susah.. tapi saya cuba untuk memilih bukan senang untuk jadi lebih sempurna. Cuba untuk menjadi baik..

3) Semoga saya dapat seorang yang boleh bahagiakan saya untuk selama-lamanya,hehe~

Semoga di setiap hari-hari saya penuh ceria n gembira. Seyes saya sayang mereka yang sentiasa bersama saya dulu,sekarang dan akan datang..............



untuk anda:
saya suka anda dan anda dan anda,
anda menceriakan hari- hari saya,
tapi maaf,
saya tak boleh terima siapa-siapa untuk sekarang,
sebab saya rasa semua tak perlu untuk seketika
lebih bahagia begini sekarang,
"AWAK" tu belum betul-betul muncul dalam hidup saya,
even saya rindu seseorang dan sentaisa menunggu,
tapi saya belum sedia....... =)




untuk diri saya:- beberapa minit lagi saya dah nak masuk 22-tahun..haha saya main dewasa sekarang...semoga saya gembira di dunia, tak lupa pada akhirat...amin=)

Wednesday, October 19, 2011

Camne nie..

Honestly, saya benci manusia yang bernama lelaki. Not for a few moments tapi berpanjangan, lepas 2 tahun, 5 bulan pula datang. Seyes saya benci sampay tak tahu nak cakap macam mana lagi. berfikiran negatif sehingga terfikir lelaki hanya permainkan saya. Dasyat,hehe~

But one day in a future,I'm should marry with someone whose called "man"......
Hhmmm, still trying, still trying and trying...

Ya ALLAH, temukan daku seseorang insan yang hatinya hanya tertaut pada cintaku dan membawa cintanya dekat pada-MU ya Rabbi...