Saturday, September 24, 2016

Kuatkan hatiku menempuh ujianMu,
Aku sedang mengubat hati, mencari Tuhanku.....

Friday, September 23, 2016

Kelu, buntu....

aku masih berharap, Tuhan kembalikan dia untuk bantu aku ke syurgaMU.........

simpan link ni, jadikan semangat....
aku lemah, tak kuat... datanglah kembali, aku tunggu....

http://www.bercintaselepasnikah.my/?p=2057

Thursday, September 15, 2016

Ya Allah,
Nikmatnya sakit, seperti kain yg di pulas- pulas utk di kering, uratnya tertarik-tarik bagai selepas tersimpul, berangin seolah bernyayi di kawasan lapang, seharian semakin lemah, cuba mencari kekuatan.....

Ya Rahman,
sedari aku tentang takdir di setiap perjalanan hidup ini..  kuatkan hatiku kuat imanku...
Ya Allah,
Nikmatnya sakit, seperti kain yg di pulas- pulas utk di kering, uratnya tertarik-tarik bagai selepas tersimpul, berangin seolah bernyayi di kawasan lapang, seharian semakin lemah, cuba mencari kekuatan.....

Ya Rahman,
sedari aku tentang takdir di setiap perjalanan hidup ini..  kuatkan hatiku kuat imanku...

Friday, September 2, 2016

Bidadari SyurgaMU

Ya Allah,
Saat dunia semakin celaru,
Saat aku semakin buntu,
Rupanya dunia ini Penipu,
Supaya aku lalai dari mengingatiMU...

Ya Allah,
Hebatnya wanita bukan pada kecantikan,
Hebatnya wanita bukan pada merdunya setiap perkataan,
Kerana hebatnya wanita melalui kekuatan pada zahirnya kerana Allah yang akan berkekalan,
Tuhan Pencipta sekalian alam....

Ya Allah,
Ramai wanita cantik kiannya seperti puteri,
Ramai wanita cantik seperti rama-rama terbang di bawah mentari,
Jangan di hinggap kumbang yg datang dan pergi,
kerana ia pasti menghancuri diri...

Ya Allah,
Aku cuba menginsafi diri,
kerana dosa seringku bersendiri,
aku ingin dosa-dosa berlalu pergi,
Menjadi diri sendiri, berusaha menjadi bidadari,
bukan pada duniawi,
Tapi untuk cinta hakiki, cinta Ilahi........


berusaha menjadi bidadari syurga Ilahi.........

Friday, August 26, 2016

Sakit & takdirku.....

Ya Allah,
demamku berlarutan,
dalam masa seminggu hilang berat sebanyak 4kg,
terlalu lemah, terlalu penat,
saat jarum terlalu panjang masuk ke kulitku,
sakitnya terasa amat,
2 botol air cukup buat aku kembali semangat,
alhamdulillah.....
tapi bagaimana sakitnya saat sakaratul maut??
mampukah saat lafaz terakhirku mengucap "Lailahaillallah, muhammadurrasulullah"

Ya Allah,
sakit ini mengajar aku erti redha di jalanMu,
ujian ini adalah kerana dengan izinMu,
dan keranaMU juga,
aku berusaha untuk sembuh,
aku mahu sihat, aku mahu bahagia,
kembali seperti hari-hari biasa,
masih panjang perjalananku utk mencari redhaMU,
masih banyak dosa yang perlu ku tebus dengan keinsafan,
terimalah di setiap taubatku YaRabb...

Ya Allah,
Takdir ini buat aku lebih tenang,
tanpa sedikit dendam,
tanpa sedikit pon amarah,
aku cuma mahu sihat,
aku mohon,
semoga dia kembali kepada fitrah,
kembali ke jalanMu

aku ingin dekat denganMu, aku ingin dekat dengan pemilik segala diri ini,
aku ingin sentiasa dlm dakapMu Ya Rabbul Izzati...
bahgiakanlah aku tanpa ada manusia yang cemburu
Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.......



Muhasabah Cinta -Hanya Allah s.w.t
by : Edcoustic
favorite: F.A


semoga kuat cik hati!!!

Friday, August 19, 2016

Ya Allah....

Ya Allah, 
Bawalah rinduku hanya kepadaMU,
Kuatkan hatiku di jalanMU,
Redhalah aku dengan aturanMU.....