Friday, April 29, 2016

Hiduplah Dengan Allah


Saat jatuh,
pandanglah langit,
disana ada Tuhanmu,
mohon bimbing di jalanNYA,
kerana ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang....

Saat bangun,
angkatlah tanganmu,
mohonlah pada Penciptamu,
kerana ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...

Saat berjaya kelak,
pandanglah tanah,
disitu permulaan, disitu jugalah pengakhiran dirimu,
tiada yang kekal hanyalah sementara,
kerana Allah Maha Berkuasa lagi Maha Agung...

Jangan give up, tapi give it up....
Lillahi Taala....
-CikAsmah-

Saturday, April 23, 2016

ALLAHURABBI,

Maafkan hambaMU yg lemah lagi hina ini.....

Jadikanlah ia nota di setiap perjalanan hidup kami :-



" Andai di beri kesenangan tapi boleh menjauhkan kita dari ALLAH itu adalah Istidraj ( kesenangan dan nikmat yang Allah berikan kepada orang yang jauh dari-Nya yang sebenarnya itu menjadi azab baginya.)"

tapi 

" Andai ujian yang di berikan itu membuatkan kita lebih dekat dengan ALLAH itu adalah Nikmat..."

Friday, April 22, 2016

Aku Hanyalah Wanita Di Akhir Zaman....

Bismillahirahmanirrahim......


Ya Rasulullah.......

Akulah wanita,
Tidak setabah Siti Khadijah,
Kekuatannya untuk menegakkan islam
Sehingga sanggup menggadaikan harta menuju jalanMU,
Tapi Aku,
Hanya wanita di akhir zaman.....

Ya Rasulullah.......

Aku wanita,
Tidak sehebat Siti Fatimah,
Sanggup menghadapi cacian & rintangan demi kebangkitan islam,
Kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman.....

Ya Rasulullah.......

Aku hanya wanita,
Tidak sekukuh iman Sumayyah,
Yang sanggup di siksa sehingga syahid di jalanMU Ya Rabbi,
Kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman....

Ya Rasulullah.......

Aku wanita,
Tidak seteguh cinta Rabiatul Adawiyah,
Cinta yang menggunung kepada Maha Pencipta,
Sehingga tiada tandingan cinta sesama manusia,
Tapi aku,
Hanyalah wanita di akhir zaman.......

Ya Rasulullah.........

Indahnya hidup di zamanmu,
Mereka di antara wanita-wanita tabah,
Yang telah dijanjikan syurga oleh ALLAH,
Tapi aku, 
Hanyalah wanita di akhir zaman yang belum pasti di mana pengakhiranku....

Ya Rasulullah.......

Mencabarnya hidup di zamanku,
Dugaan & godaan dunia sering mengganggu,
Bagaimana harusku tempuh,
Kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman.....

Ya Rasulullah.........

Indahnya hidup di jalan ALLAH,
Dan masih sempatkah aku bersama srikandi-srikandi Islam sebenar??
kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman.....

Ya Rasulullah.........

Akan aku sentiasa mencari,
Dimana pesanmu menuju ILAHI,
Aku berharap agar sentiasa dalam lindungan, rahmat & keredhaan ALLAH,
kerana aku hanyalah wanita di akhir zaman........


Maafkan aku di setiap perjalanan hidupku YA ALLAH.....
-ana nur asmah-

Wednesday, February 10, 2016

KAWAN VS SAHABAT

Hari ni tak siapa ada bila kite susah,
boleh kira siapa sahabat, siapa kawan,
memang masa mereka bukan untuk kita,
cuma kita akan tahu siapa kawan siapa sahabat....

Bila senang ramai orang nak berdamping,
itu lumrah,
bila susah tiada siapa mahu di sisi,
itu juga lumrah,
Tolonglah selagi mampu, ikhlas kerana Allah,
Yang nak berjaya itu aku, biar aku sendiri yg usaha...
semoga aku berjaya dunia & akhirat.

sedikit terkilan

Friday, February 5, 2016

Friday, January 29, 2016

Ayah....

Ayah,
hidup ni sunyi sangat, tanpa mak, tanpa orang tersayang di sisi. Ayah, dulu bila anak balik ke kampung, mesti mak sambut dgn hidangan masakan yg enak, anak tau ayah pon rindu mak. Anak tgk ayah semakin hari semakin kurus, ayah pon cakap badan ayah sakit-sakit, da tak larat.  Maafkan anakmu andai tak dapat jadi anak yang baik, maafkan anakmu andai tak dapat ketemu bahagia, maafkan anakmu, semoga Allah pjgkn umr ayah & tunaikan permintaan ayh utk jadi wali anak. Ayah, mana anak nak berteduh andai ayah pergi bertemu Sang Hakiki??
Anak sayang ayah, sayang banyak bintang...

Ayah,
petang ni kita dapat borak sama-sama lagi, cukup menyentuh hati. Ayah mana yang tak bahagia bila anak nak cari bahagia. Maaf bila anak rahsia tentang dia, masih lagi berharap ia kembali bahagiakan anak. mohon doa ayah mengiringi kebahagiaan anak. Ayah, anak tak tahu mana silap kehidupan ini, anak mencari erti bahagia, mohon ini bukan pengakhiran kami ya ayah.

Ayah,
anak nak cari kasih seorang ibu, anak nak sayang ibunya sebagaimana anak sayang arwah
mak, seikhlas hati anak nak jaga ibu macam anak jaga arwah mak sampai nafas terakhir. Ayah doakan semoga ibu terbuka hati utk terima anaķ. Semoga Allah makbul doa anak.

Ayah,
untuk kami, anak sedang mengubat hati, hati ini jadi kosong hilang seketika, mungkin anak sedang terluka, anak sedang bersedih. Mohon Allah jaga hati kami di jalanNYA, ada hikmah mungkin, Allah belum hadirkan dia untuk anak, mungkin Allah uji kami utk meletakkan cinta Allah melebihi cinta kami, ajar kami redha di jalanNya, mungkin juga ajar erti kesabaran utk anak terus berdoa mohon pertolonganNya. Moga Allah kembalikan dia utk anak.
Mohon setia mengiringi hari-hari kami.

Ayah,
Saat dulu anak ketemu dia, sungguh anak bahagia, dalam hati mungkin sudah masa ank tunaikan hasrat ayah. resah ayah bila anak perempuan terakhirnya, maafkan anak. Semoga Allah panjangkan umur ayah agar dapat jadi wali anak yg terakhir ini. Sungguh anak ingin bahagia

Ya Rabbi,
Semoga kembalikan dia dengan membawa restu seorang ibu, sempatkanlah aku tunaikan hasrat ayah untuk jadi waliku dengan membawa restu mereka...

Wednesday, January 27, 2016

Saat di sayangi...

Bismillahirahmanirahim....


Saat lemah kaku terpaku, berfikir sejenak kenapa & mengapa aku di uji sedangkan melihat teman berbahagia dengan ceritanya.. Allahu Rabbi, nikmat kasih sayang yang Engkau berikan dalam bentuk ujian mengajar aku cara utk redha di jalanMU...

Tak siapa di sekelilingku dapat bantu diri aku melainkanMU wahai Sang Pencipta seluruh alam. Ketenangan itu hanya ada bila di jalanMu...


Tak siapa mengerti peritnya realiti, siapa yang peduli utk hati ini..Kekuatan melalui air mata..
 Allahu Rabbi, aku mohon dekat di jalanMu.. 

Ya Rabbi,
 terima kasih atas nikmat kasih sayang melalui ujian yang Engkau berikan kepada
hambaMu yang lemah lagi hina ini...
Semoga kami sentiasa dalam rahmat & kasih sayangMU,
bimbinglah kami menuju ke jalanMu Ya Allah...


La Tahzan, Innallaha Ma'ana