Friday, April 7, 2017

Saya sayang ayah.......

Bismillahirrahmanirrahim,

Terima kasih Allah, hadiahkan ayah paling sempurna untukku.

Ayah,
Dia hero saya yang tak pernah berputus asa menjaga saya, sehingga dewasa, masih lagi dalam jagaannya...


 Ayah, 
kiter sayang ayah byk bintang, 
banyak buih di lautan, 
banyak pasir di pantai,
banyak udara di dunia ni.....



Ayah,
pernah suatu waktu kiter terbangun malam dan menuju ke tandas, kiter tengok bilik ayah cerah.. Mungkin ayah bangun utk solat.. Selang beberapa minit kiter mengintai ayah, rupanya dalam doa ayah menangis, mengadu pada Pencipta, mungkin menangis merindui arwah mak, atau menangisi ttg dunia yg semakin lemah ni, atau doa utk kehidupan anak-anak termasuk kiter, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Ya ALLAH, sayangilah ayah dan emak sebagaimana mereka menyayangiku sejak dari kecil.....

Ayah,
Masa arwah mak ada, makan pakai terjaga, ayah kiter paling ensem kat dunia ni, hihi... Baju n seluar ayah selalu mak ironkan dulu. Mak pon masak sedap, ayah mesti rindu masakan mak kan, kiter pon rindu, masakan mak paling best dalam dunia ni, kalau sambal bilis nasi lemak mesti mak masak banyak sebab mak tau kiter suka makan sambal tu.. Masak sendiri tapi mesti rasa tak selera nak makan. Setiap waktu kiter rindu. Tapi sekarang ayah mesti tunggu kiter balik dulukan baru baju n seluar ayah di iron. Sian ayah, katanya orang lain sibuk uruskan famili, tak mahu susahkan, baiknya ayah kiter.. Nasib la kiter masih bujang, ade hikmah n boleh spend time untuk ayah lagi.. Kiter nak ayah ensem sokmo bila pergi makan pagi kat kedai n bila ayah pergi majlis kat surau/ masjid.. Selagi ayah masih di sisi kiter, selagi tu kita cuba yang terbaik utk bahagiakan ayah. suatu hari nanti mesti kiter rindu kenangan bersama ayah sebagaimana kiter rindukan mak....

Ayah,
dulu anakmu nakal, x dengar cakap, selalu buat orang marah, ayah tak bagi main taekwondo pon kiter degil, padahal ayah risau sebab kiter kan anak perempuan.. Pernah suatu waktu, pesanan arwah mak cukup menyentuh perasaan kiter, " jangan cuba buat dosa, kesian ayah siang malam beribadah di jalan Allah, bila kat akhirat nanti kaki kanan dah melangkah ke syurga, tapi anak-anak bergantung kat kaki kiri ayah, di sebabkan dosa anak-anak ayah tak dapat masuk syurga dengan mudah"... Pesan mak sampai hari ni kiter ingat.. Mak suruh jaga diri baik-baik, sebab kiter kan anak perempuan, bila kiter semakin dewasa baru kiter tahu dosa kiter sebelum kahwin ayah, abang n adik laki yang tanggung... n tak nak di sebabkan kiter ayah susah nak melangkah masuk ke syurga... dari hari ke hari kiter cuba nak jadi anak solehah ayah, cita-cita tak semudah melaksanakan tapi kiter akan cuba sedaya upaya, kiter nak mak ayah masuk syurga dengan mudah...

Ayah,
setiap kali kiter teman ayah makan pagi or mana-mana tempat yang ayah nak pergi, setiap kali kiter pegang tangan ayah kalau nak melintas jalan, dulu masa kecik ayah selalu pimpin kiter kalau nak melintas jalan sebab kiter penakut, sekarang kiter masih pegang tangan ayah sebab kiter tak tau smpai bila kiter boleh pegang tangan ayah lagi.. Setiap kali pengan tangan ayah, kiter rasa sejuk, bila tanya ayah sejuk ke, ayah jawab biasa je sambil senyum.. Mungkin ALLAH bagi rahmat kat ayah, tangan ayah sejuk n lembut..... semoga Ayah dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH.

Ayah,
bila kiter nak balik ke tempat kerja, ayah selalu pesan dalam perjalanan selalulah berzikir, bertasbih n selawat ke atas nabi Muhammad, ingat ALLAH... Kiter sayang ayah, kiter sayang mak.. kudrat yang kiter ada ni, kiter akan cuba bahagiakan ayah...

Ayah,
maafkan anakmu kadangkala buat ayah risau sebab masih tak kawin, tapi kiter yakin suatu hari nanti ALLAH akan makbulkan doa kiter,  yang kiter risau sekarang mane tempat kiter kat akhirat nanti ayah.... Dunia ni sementara je...




Ya ALLAH, 
semoga ENGKAU bahagiakan ayah di dunia dan akhirat,
sebab dialah hero yang jaga sampai kini aku dewasa,
dia cinta hati yang tak pernah luntur dengan masa,
dia super powerku,
sayang ayah dunia akhirat,
Semoga ALLAH tempatkan mak & ayah di syurga tanpa di hisab,

love you my king & queen

Friday, March 17, 2017

Untuk awak, nilai seorang teman....MNK

Bismillahirrahmanirrahim.....

Semoga kita sentiasa dalam rahmat, dakapan & kasih sayang Allah....

Syukur Alhamdulillah,
Allah ketemukan awak dalam keadaan saya mencari redhaNYA,
Pertemuan kita yang tak sia-sia, penuh dengan hikmah. Kita manusia yang sentiasa di uji,
terima kasih kerana setia temani saya dan ingatkan saya untuk sentiasa berada di jalanNYA.

Saya pernah menangis, kerana tak mampu di uji,
saya ini pastinya lemah dengan permainan duniawi,
takut menghadapi realiti,
mainan cerita melalui halusinasi...

saya ini ibarat tin kosong,
kesana kemari di tiup angin,
mencari tempat dimana terhenti,
dan jalannya sekarang saya lalui.

Ramainya cantik, tapi suatu waktu bukan cantik dari zahirnya saya cari,
kerana cantik itu tak pernah kekal,
sampai suatu waktu pasti pergi,
sehingga saya memilih untuk perbaiki diri,
masih mencuba dan mencari,
baru saya faham erti cantik yang kekal abadi,
cantik dari hati,
baru kini saya sedari....

Terima kasih awak,
tolong kejutkan saya untuk bersujud menghadap PENCIPTA,
Terasa cukup tenang, sampai satu waktu bukan dunia ini yang saya cari,
tapi ketenangan yang hakiki, sampai suatu waktu saya akan pergi, menghadap ILAHI..

Terima kasih awak,
Kerana sentiasa mendoakan saya,
Jadilah teman yang sentiasa mengingatkan saya tentang kecintaan kepadaNYA,
agar hati ini tak mudah rosak dengan tipu helah dunia,
ketenangan yang saya cari untuk bekalan di akhir nanti..

Terima kasih Ya Allah,
kerana aturanMU cukup indah, ketemukan kami pada saat yang tepat,
saatku mulai berubah, mencari ketenangan bersama ILAHI..

Kita berjumpa bukan saja- saja, kita berpisah bukan saja- saja, kite berkawan bukan saja-saja,walau apapon yang terjadi, biarlah matlamat kita sama, mecari redha ILAHI..

Andai suatu waktu Allah jemput saya kembali, biarkan surat ini jadi kenangan, sebab saya amat bersyukur dan menghargai awak yang sentiasa temani saya untuk dekat pada Sang PENCIPTA hakiki, saya tahu saya tak layak tapi secebis masa yang masih lagi berbaki, saya teringin jadi bidadari di syurga ILAHI... Doakan saya!!!

Terima kasih setia & sanggup jadi sahabat saya,
tolong ingatkan saya dunia ini hanya sementara,
tolong ingatkan saya bahawa syurga lebih indah daripada dunia,
tolong ingatkan saya untuk sentiasa dekat kepadaNYA,

p/s :
saya tak pernah jumpa orang macam awak tapi saya tak layak sebab
awak ensem
awak macho
awak baik
awak sado
awak win
awak anak soleh
awak paling rare!!!
awaklah MNK........ Doakan saya cepat- cepat sembuh dan boleh berjalan spt biasa ;-)

Semoga awak berbahagia di dunia & akhirat!!!! amin Ya Rabb....

"saya tetap menunggu"


Sunday, March 12, 2017

Ya Allah,
Tiba masa Engkau makbulkan doaku, sakitku terjawab setelah beberapa tahun menjadi tanda tanya. Sebab aku begini jiwa aku sensitif, aku menangis, mengadu pada manusia, tak siapa memahami, sekadar mampu mendengar.

Ya Allah,
perutku sakit, badanku lengoh, tidurku tak lena..
Gangguan yang ingin memusnahkan keinginanku untuk bersujud kepadaMU,
kadang- kadang aku sedih,
kadang- kadang aku risau,
sebab aku takut gangguan itu mengusai diri aku untuk jauh dariMU...

Ku renung di setiap langkah perjalanan hidupku,
Aku berfikir di setiap ujian kepadaku,
Rupanya hikmah di sebalik ujian tu indah,
Allah, kau hantarkan secebis ujian untukku agar kembali dekat denganMU,
Allah jentik hatiku, untuk kembali kepadaMU...

Allah rindu rintihan hati hambaNYA, Allah nak aku bertaubat dan kembali kepadaNYA. YA ALLAH, ambillah hati aku, ambillah jiwa aku, dekatkan aku padaMU agar aku sentiasa tenang menghadapi ujian dunia.....

YA ALLAH, peganglah hatiku agar tak tersasar dari landasanMU, jauhi aku dari kelalaian dunia ini...
aku mohon sentiasa dalam dakapan RABB ku....

Friday, February 10, 2017

PESANAN ROH

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut."

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya."
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku"
Semoga kita semua beroleh rahmat dan keampunan dari Allah agar matinya kita nanti di dalam Husnul Khotimah.
Aamiin...

Saturday, January 28, 2017

dedicated to : MNK


Bismillahirrahmanirrahim......
Di setiap langkah takdir hidup ini, 
Di setiap nafas yang diberi ini,
aku cuba melangkah bahagia disisi Pencipta,
ku gagahi semangat yang pernah terjatuh,
Agar aku mengenal tuhanku,
aku cuba berbahagia disisi Tuhan kita.....

Inilah takdirku,
agar aku pulang kepada Penciptaku,
agar aku tahu, sememangkan pengharapan itu cukuplah kpd Allah...

Takdirku sakit,
Setiap langkah & setiap detik yg berlaku dgn izin Penciptaku,
Cuma satu, doakan kesembuhanku,
aku mohon utk menunggumu,
menunggu tanpa jemu,
dengan izin tuhanku...

Berbahagialah disisi tuhan kita,
Allah yg satu.....







Tuesday, January 24, 2017

Bismillahirrahmanirrahim....

Takdirku, ku pujuk hati saat kesakitan hadir lagi, inikan nikmat Allah untuk hambaNya, ampuni aku hamba pendosa ya Rabb... Sakitnya seolah2 tiada lagi daya untukku bertahan, tapi Allah masih genggam hati ini, di beri kekuatan utk menahan kesakitan tanpa bergantung dgn ubatan, namun aku sedar cukuplah kebergantungan kpd Allah.... "mak, doktor hanya membantu, yg berkuasa tu Allah, andai Allah nak bagi mak sembuh, sembuhla mak nanti, andai Allah nak ambil mak, nanti kiter pon Allah ambil jugak"... Ayat terakhir aku memujuk saat beberapa jam sebelum Allah jemput mak pulang, aku pengang  erat tangan mak, rupanya tangan yg sejuk aku pengang & letak di pipiku itu genggaman erat terakhir kami, sungguh aku rindu bidadari duniaku... Tapi kali ni aku pujuk diri sendiri, kuatkanlah hati menuju Allah, sakit tu prnghapus dosa...

Adikku sayang, Nasuha & Syafira.. Andai suatu hari takdirku telah di jemput ILAHI, ku kirim coretan ini sebagai kenangan & tanda syukur krna Allah hadirkan adik yg baik dlm hidup utk tolong saat aku tak terdaya menguruskan diri krna kesakitan.. terima kasih selalu ada utk sediakan air panas utk aku tuam saat perutku seolah2 di pulas, tanganku menggigil menahan kesakitan,hanya Allah yg tahu & hanya Allah jualah aku memohon keampunan.. terima kasih sahabatku Zuraiza yg menyediakan biskut utk menambahkan tenagaku saat aku berusaha menahan kesakitan.. Ya Allah, permudahkanlah urusan semua sahabatku di dunia & akhirat, rahmatilah & limpahkanlah rahmatMU ke atas mereka semua..

Seandainya sampai suatu waktu Engkau dtg untuk mengambilku Ya Rabb, ambillah daku ketika aku dalam sujud menyembahMu, aku mohon keampunanMu di setiap langkah perjalanan hidup ini Ya Rabb..

Aku mohon, ingin bertemu ibubapaku & orang yang aku sayang di syurgaMu kelak...

Alhamdulillah petang ni aku kembali bertenaga, terima kasih di atas nikmat ini Ya Allah..... Ampuni aku, ampuni aku, aku mohon dlm dakapanMu tuhanku yg satu....



Cita2 sang pendosa yg ingin menjadi bidadari di syurga ILAHI......

Monday, January 23, 2017

Sampai waktu

Sampai satu waktu,
aku cuba jadi kuat
sampai satu waktu,
aku belajar redha di jalanMU,
sampai satu waktu
kebergantunganku hanya kepada ALLAH s.w.t,