Monday, January 7, 2013

Tekad aku ^.^

Di saat aku masih lagi tercari-cari kemana haluanku, masih lagi buntu memilih jalan yang pasti, aku mengalah pada takdir. Ya, takdirku disini, berserah apa yang berlaku. Tapi hakikatnya Allah bersamaku, Allah dengar rintihan hatiku, Allah tahu keperluanku..
2013,
Permulaanku untuk aku lebih dekat dan berhijrah ke arah kebaikan. Tatkala dugaan yg menimpaku bertubi-tubi membuatkan aku terasa sepi. Sepi di dunia yang nyata..

Monday, July 2, 2012


Syok nyer dengar radio IKIM, terkesan di hati bila diputar lagu RAPUH  by Opick...
it's my  favorite song..
Ni die lirik nyer:-
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu


Tetapkanlah cintaku hanya kepada ALLAH, setiap detik, setiap waktu... Setiap kehidupanku ini biarlah kerana "LILLAHITAALA"...

Friday, June 1, 2012





ADe sAya kiSaH??hehe

Saya single, lebih bahagia begini, sudah beberapa tahun begini, tapi saye masih boleh hidup gembira,
lebih bahagia dari yang dulu....

** Untuk pengetahuan awak

Saya tak pernah mintak sesaat pun awak hadir di setiap hari-hari saya,
tapi awak tetap datang utk bahagiakan saya..
awak mintak saya hargai awak dan janji nak jaga saya selama-lamanya,
konon nak hidup bahagia..
Saya bukakan hati ni untuk awak hargai,
saya memang bahagia tapi hanya untuk seketika..
Awak mintak saya setia, 
yang pasti saya setia bagai nak mati,
Dia pula datang menanti, awak pula keliru pada hati yang tak pasti...

** Hati menangis siapa yang tahu??

Awak kena pilih mana satu jalan hidup awak..
Tapi awak tak pandai buat keputusan..
Saya mintak awak jauh dari saya,
dan tak perlu halang bila saya nak pergi..
Yang pasti saya MENGALAH.....
Awak lihat saya melangkah tanpa menoleh belakang,
Ye, saya tetap pada pendirian saya, Yang berlalu biarlah berlalu
Di hadapan saya masih banyak lagi jalan yang berliku,
Saya masih kuat untuk menempuh hari-hari saya sendirian...
Dan kini saya telah buktikan...

Saya KUAT kerana mampu hidup tanpa awak, yang pasti  3 tahun sudah berlalu tapi saya tak pernah sesal apa yang berlaku.. Saya tak pernah tahu tentang kehidupan awak sekarang sebab saya takkan berpatah balik di setiap keputusan yang telah saya buat, takkan takkan dan takkan pernah.. 
thanks coz create happiness for me even for a few time but I am sure that most happy with my life until now..



IKHLAS DARI HATI SAYA ;-)

Wednesday, May 23, 2012

Cha Ryuht, choon bi

If I could write a milion pages,
I choose one page for my beautiful memories,
It would be the greatest ever told,
and give all the happiness only for me...

can i smile every day ??
as smile as i can and make everyone always be happy with me??
for once in my life, sure, yes hopefully I can....

HOOREYYYY, I can DO it **wink*


 For da first I'm feel in love with taekwondo, since i'm in years 4.. Ayah marah dan tak kasi langsung main taekwondo coz saya kan anak perempuan.. But juz forgot about Ayah, mak boley kautim, haha.... Thanks mak coz pujuk ayah, till eleven years i'm in taekwondo, waaaa banyak sangat kenangan.. Iskh, rindu yang teramat.... thats normal if  I'm gotta swollen with my hand and also with my body, baru kebal, haha..
Sakit tapi best.... Hilang segala stress yang ada, kengkawan taekwondo pon best-best, sumer macam dalam satu famili.. MSP 2008, MSP 2009, MSP 2010 akan tetap menjadi kerinduanku........

Look!!!  i'm in tournament.. Time ni tunggu turn utk my games, actually juz team sparing and team pattern, fuhh, i'm forgot who snap my pic this time, kak Sue kot  ;-)


Menunggu di luar gelanggang, hati mcm nk luruh takot, tgk muka pon tah ape2, muka kak sue pon kelakar sangat.....kakaka




First game saya join under GTF kat MSP 2008... Permulaan untuk kenangan terindah di PSA....
Kak Aida & Ella, selalu ngn saya.. Thanks and luv u ;-)
Kak Eca & Kak Ila


Seyes miss u all guy, 
so that's why i'm create this page for memorial in TAEKWONDO




Picture ni di sebalik tabir sebelum National Game kat Shah Alam
Time ni 1 day before National Tournament, sumer nk susun 
map kat dewan after training

Kat Dewan PSA, sumer happy je pas balik training, siap macam
macam gaya lagi berposing... Hey, saya rindu kamOO semua...


From left: Hew, kak fanie, Akmal, Asian, Ipin, Abang Sharil, Sir Azhar, Upin, Sir Teo, Rafi, Kak Sue, Bob (Paling gimit) , Sir Salihin, Azwan, Beh, Sir Amir, Sir Dayat, Gobi, Ery , Saye, Sir Nazid

Sesi bergambar: Najib, Fara, Kak Dee..... Ala, Yunie tak sempat betulkan tudung, haha~
Amboi Kak Sue, Dalam pic pon sempat lagi nak wat elbow strike, nak hentam org ea ;-)
mmm, abang Sharil & Bob pon nk tumpang glemor, ahakssss...
Yang pasti, Nisa steady je bila amik gambar.. **wink**

Rindu korang bangat siyyhhhh :'(
.......Kak Fanie, Kak Sue & Kak Hajar....


Another Picture yang jadi kenangan saya ---->

Time training kat dewan, sempat agi amek
gambar kan3..hehe
Bersama team GTF KK, Sabah ba.... ;-)


Last game kat Pahang  saya join before stop taekwondo, 2 hari je training =)




Orite, u all  memang team terbaik penah saya jumpa, da macam famili kan3...
Yang pasti, kita semua da jauh n da tiba masanya buat haluan masing-masing...  Tapi nak bagitahu, bersama korang memang indah sangat n saya takkan lupa kenangan kita semua kat Taekwondo...

MISS YOU ALL SO MUCH ^L^

Thursday, April 26, 2012




<<SUATU YANG PASTI>>


Thanks ayah atas segala cerita kehidupan, thanks mak sempurnakan hari-hari yang indah untuk saya,
Sesungguhnya saya beruntung mempunyai ayah dan emak yang selalu di sisi,
mendengar setiap alunan hidup,sentiasa ada bila anakmu ini bersendirian,
hulurkan tangan bila anakmu ini tersungkur, menjadi tongkat untuk kembali berdiri..
 
Untuk mak, juga ayah....
Maafkan anakmu seandainya lalai di dunia, sehingga lupa pada akhirat,
tapi percayalah,
mulai saat ini anakmu dah matang, menempuhi segala rintangan, yang pasti penuh dengan dugaan..
 
Wahai Ayah,
anakmu mulai sedar indahnya kehidupan,
yang di tanam dengan benih keinsafan, kemudian di baja dengan keimanan,
sehingga  bercambah menjadi rimbunan pengetahuan,
adanya keseimbangan yang boleh menjadi akar kehidupan yang kukuh,
namun anakmu perlu berwaspada dengan tiupan angin yang boleh mengoncangkan akar kehidupan,
supaya dedaun keimaman tidak luruh dan gugur sehingga jatuh melutut ke bumi.
 
Wahai Emak,
kerinduan  tetap terpahat dalam hati anakmu ini,
saat anakmu bersedih dengan kehidupan dunia, Emak memegang erat tangan tanpa melepaskannya,
"wahai anak, kamu kena kuat, sekuat genggaman kasih sayang yang emak berikan",
pecayalah, kekuatan itu kini saya yang dapat,
kasih sayangmu membawa sejuta kebahagiaan,
Ya, saya ketemu sudah kebahagiaan dunia yang pasti..
 
Ya ALLAH,
sesungguhnya hambaMU amat bersyukur  atas nikmat kehidupan ini, 
dikurniakan Ayah dan Emak yang cukup sempurna untuk membimbing ku menuju ke jalanMU,
Mereka mengingatkanku supaya hidup di dunia juga tak lupa pada yang KEKAL,
Ingatkanku supaya bawa bekalan di akhirat kelak...
Insyaallah saya akan sentiasa mencari kebaikan, untuk ayah juga emak..
Hanya ALLAH yang tahu betapa kasihku pada mereka,
Semoga ALLAH sentiasa melindungi mereka, insan yang paling berharga di duniaku ini..
kasihku, rinduku, sayangku pada mereka, kerana LILLAHI TAALA....





note: 
Saya janji, di setiap masa yang ada, teringin saya habiskan masa-masa bersama emak, ayah......  Saya takkan habiskan masa yang teramat sia-sia kerana masa dengan mak ayah lebih berharga... Ya Allah, seandainya hambaMU ini tidak dapat bahagiakan mereka, KAU bahagiakanlah mereka dengan kasih sayangMU, tempatkanlah mereka di syurgaMU kelak... 


 


Tuesday, March 20, 2012

Pesan untuk HATI

Wahai hati,
keresahan melanda, terukir di minda,
boleh saya ckp saya benci semua???
Biarkan hati saya tetap menjadi batu......

Wahai hati,
terlalu benci pada diri sendiri,
juga benci pada sekelian,
benci untuk membuat keputusan,
kerana yang pasti jika tersilap melangkah,
sukar untuk berundur...

Wahai hati,
hapuskan segala keresahan, padamkan kisah semalam, lupakan ia dari ingatan..
Usah selalu fikir pada kecelaruan kemudian tunduk lalu mengalah,
cubalah bangkit walau payah...

Wahai hati,
Buang segala benci dalam ingatan,
agar hati kotor beransur hilang,
Hati yang kosong menjadi tenang,
melayari hari-hari yang akan pergi....
maaf sebab saya tak dapat memilih yang pasti....


                                                                      ~Ya Rabbi, bimbinglah hati-hati menuju-MU, amin~


Saturday, March 3, 2012





BILA HATI MEMBERONTAK!!!!

Terkadang macam kanak-kanak + perlu di jaga hatinya 
supaya sentiasa gembira + tak perlu memarahi kerana akan 
hilang mood yang okey + benci persekitaran yang di penuhi 
sesuatu yang pelik + jangan berbicara keburukan orang boleh tak!!! 
+ perlu sedar manusia itu tak sempurna + jangan menilai org 
secara -ve sebelum mengnali terlebih dulu, PERINGATAN.. +  bersendirian itu kan lebih elok
 + tau la saya tak cantekk + untuk saya,
 jangan hiraukan apa yang sedang berlaku + pekak telinga butakan mata
 + walau ada semua tapi tetap sunyi + saya tak nak dengar 
keburukan semua sebab saya tau saya tetap tak sempurna.....

apa nak jadi dengan saya???
#@*$%^&%celaru & sentiasa keliru &^%%#@#

" perkara yang paling sukar dalam hidup adalah membuat keputusan" 
trust me!!