Saturday, August 26, 2017

😊 LANGIT 😊

Wahai langit,
Sampaikanlah pesananku,
Bahawa aku rindu menuju Tuhanku,
Semoga sentiasa dalam dakapan Rabbku..

Wahai langit,
Sampaikanlah keinginanku,
Untuk meneruskan perhambaan diri ini kpd sang Penciptaku,
Semoga di setiap halangan,
Agar tak terasa penat menghadapinya....

Wahai langit,
Sampaikanlah ceritaku pada Tuhanku,
Aku rindu mengejar cinta abadi,
Peluklah daku erat Ya Rabbi,
Agar aku tak gentar melangkah dari hari ke hari.....

Wahai langit,
Sampaikanlah rinduku pada Tuhanku,
Moga kerinduanku menghapus segala dosa2 ku.....
Ambil la hatiku, ambil la jiwaku, dekatkan aku pada Tuhanku

No comments: