Tuesday, December 22, 2015

Damailah emak disana...

Bismillahirahmanirrahim.....

Tatkala hujan menyapa bumi, dinginnya cukup terasa. Tatkala hati ini juga basah dgn gerimis ujianMU yang bertubi-tubi Ya Rabb, mungkin ini khifarah untukku daripada ALLAH s.w.t kerana terlalu leka mencari bahagia dunia, mungkin juga peringatan agar sentiasa dekat di jalanMU Ya ALLAH... Maafkanlah aku saat masih lagi bernafas, ku mohon hidup di jalanMU Ya Rabbi, ampuni segala dosa-dosaku, hamba yg terlalu hina di sisiMU wahai Sang PENCIPTA..

Terasa jari-jari mahu kembali menulis dlm entry ni... Mengimbau kembali perjalan hidupku..
aku menangis, bukan meratapi, tapi menginsafi & merindui emak yg sentiasa di hati....
Ya ALLAH,
Ampuni aku di setiap perjalanan hidupku...


Saat terdetik memohon ALLAH berikan hidayah utkku, bertubi-tubi ujian utk aku tempuhi, kembali mengingati kekuasaan Sang PENCIPTA..

2013
bermula tahun yang selalu bergenang air mata, tahun-tahun yang membuatku mula terasa kehilangan. Sehingga bertemankan air mata untuk mencari kekuatan, aku ini hamba yang lemah. Mohon ampuni aku Ya ALLAH saat aku mengeluh bila di uji.

March
Bermula saat emak sakit, aku menangis. Luka pada kaki emak, mula-mula sebesar jarum semakin hari semakin merebak hingga hujung tapak kaki. Terngiang kata-kata emak,  sakit luka kali ni adalah sakit kali ke 3 dan mungkin sakit yang terakhir baginya. Allahurabbi, aku mencari kekuatan untuk kembalikan semangat emak. Aku kena kuat, aku nak jaga emak, aku sayang emak.. Cuti-cutiku byk di habiskan utk teman emak buat rawatannya. Emak seorang yang tabah, sedangkan aku menangis di setiap doaku.

April
Masih igt saat emak masuk CCU KPJ, aku dan abg menemani emak. Saat itu aku mohon ALLAH jangan ambil emak sebab aku tak mampu hidup tanpa emak. Saat doktor kata, luka pada kaki emak harus di buang segera, aku yang tak mampu menahan sebak. Sayu, aku lihat wajah emak penat, penuh dgn pelbagai wayar termasuk wayar oksigen, penat sangat emak melawan sakitnya, tapi emak orang yg paling kuat sebab tak pernah mengeluh dgn sakitnya. Saat itu, aku hanya mampu berdoa mohon Allah panjangkan umur emak  dan kembalikan nikmat sihat untuknya. Alhamdulillah, 3 hari di wad, luka dicuci sehingga nampak tulang jari kaki emak, emak minta utk keluar tanpa potong sebahagian dpn kakinya. Ya ALLAH, andai boleh di tukar dgn kakiku, takkan aku biar emak tanggung kesakitan tu.. Kami berusaha utk ubatkan emak, terima kasih ALLAH, pinjamkan emak yang tabah utk kami.

Mei
Hari-hari seperti biasa, luka kaki emak dah semakin sembuh, cuma belum pulih sepenuhnya, mak tak boleh jln, katil la tempat mak, tempat kiter melepak dgn mak jgk,hihi.. 31 may, kakak kahwin, bersederhana.. Tapi nampak emak sedih sebab tak boleh ada sambil tengok aktiviti hari tu. Tapi emak tabah..

June- July- Ogos
tapak kaki emak dah ada perubahan, da nak pulih... Allahurabbi, nikmat yang tak pernah ENGKAU dustakan. Kadang-kadang nampak emak bersemangat. Kadang-kadang lemah. Kami terus berusaha dan tak putus berdoa kepada ALLAH supaya sembuhkan emak. Aku ulang alik kemaman dungun utk habiskan masa dgn emak, terima kasih emak krna bantu anakmu untuk berubah ke arah lbh baik di jalan ALLAH, kiter nk emak tahu, kiter sayang emak byk bintang..

September
Saat aku buat keputusan utk berhenti kerja, nak habiskan masa utk emak ayah. masa tu aku tawakkal kepada ALLAH. Walau tak sefahaman dengan bos, aku tetap dgn keputusanku, duit aku boleh cari, tapi emak & ayah tak dapat di ganti dengan duit.

18 September 2013
 Resign letter atas meja bos. Maaf, aku memilih utk berbakti kpda emak dan ayah sebelum terlambat. Keputusanku buat emak gembira. Tapi minggu terakhir bulan September, bos minta aku cuti tanpa gaji selama sebulan dan minta menarik semula resign letter. Aku ceritakan kepada emak, seolah-olah dia tahu masanya sudah singkat, 'cukuplah jaga emak macam sekarang katanya'.. Allahurabbi, aku rindu emak..

20 September 2013
Persinggahan pertama aku ketika pulang ke rumah adalah bilik emak, org pertama yang ku cari, org pertama yg ku peluk cium. 6  bulan lebih tempat emak hanya di katil. Emak semakin lemah walau lukanya semakin sembuh. Sempat bercerita saat dia dibawa keluar oleh abg dgn kerusi roda dari bilik dan mandi di luar rumah.. katanya bagai mati hidup semula, terasa segar.. Alhamdulillah, ALLAH beri kesempatan utk emak rasa nikmat sihat. Nikmat yang tak pernah ENGKAU dustakan.
Hampir setiap malam, aku borak dengan emak. Aku layan emak borak sampai kami terlelap. Rutin setiap malam, pukul 3 aku akan bancuh air horlick untuk emak, takut gula dalam darah tak stabil. Sejak hari2 terakhir, gula dalam darah mak kurang, so mak boleh makan apa yang mak inginkan tanpa berpantang, nikmat ALLAH yang tak dapat didustakan.

Hari-hari seterusnya, waktu rehat aku tidur di surau office, 1 jam sudah cukup utk aku berjaga malam.. Allahmdulillah, terima kasih ya Rabbi krna berikan aku kekuatan demi emak, candy crush jadi saksi supaya aku sentiasa cerah mata, takut emak nak minta apa2...

27 & 28 september 2013
Emak macam penat, tak macam sebelumnya. Nak makan nasi kerabu, biasanya dia akan makan sendiri walau aku minta utk menyuapkannya. Tapi hari tu berbeza sekali, emak nak aku suapkan, tapi tak makan banyak. emak nak rehat kat ruang tamu, tapi nak ada orang dekat dgnnya. kakak2, abang2, semua ada kerja yang perlu di uruskan. Memandangkan hari minggu, aku dan ayh habiskan masa menemani emak kat ruang tamu tu.

29 September 2013
Aku bertolak ke tempat kerja jam 6.45 pagi. Di sebabkan aku terasa penat, aku ambil keputusan utk balik jumpa emak petang keesokan harinya.

30 September 2013
Hari yang sepatutnya aku balik untuk jaga emak. Tapi pagi tu aku terpaksa ikut bos utk urgent meeting kat KL, masa tu aku mohon sampai kemaman secepat yang mungkin sbb aku nak blk jumpa emak. Malangnya, tiba di kemaman jam 8, aku tak sempat balik hari tu, aku tak dpt drive.

1 Oktober 2013
jam 1 pagi, aku terima panggilan dari kakak, emak tak sedarkan diri seketika waktu, hanya bibirnya mengikut lantunan dua kalimah syahadah yg di ajar abg kemudian emak kembali sedar, rupa-rupanya dia tak sedar apa yg terjadi padanya sebentar tadi. Aku ambil keputusan utk balik saat itu jgk tapi emak melarang, sempat risaukan aku.. tak dapat lelapkan mata, quran jadi penemanku. 7 hari kelopak mata ku berkedip mungkin petanda utk aku berpisah dengan emak.

Selepas subuh aku terus balik kampung, seperti biasa, emak org pertama aku peluk. Sempat bercerita kisah dia tak sedarkan diri dlm beberapa minit, aku redha andai ALLAH mahu menjemputnya kembali...  Rupanya itu pra kematian emak.

Pagi tu, emak tak sabar-sabar nak ke hospital, asyik tanya abg dah sampai ke belum, sungguh2 nak ke sana, mungkin nak percepatkan dirinya menghadap ILAHI. Aku, ayah, 2 org kakak dan abg teman emak. Kali ni nampak berbeza, lain sungguh. Kami hantar mak ke KTS, Allahurabbi, mak seorg yg kuat semangat, tabah..

Tengahari, aku teman mak di unit kecemasan KTS. Di bibirnya tak berhenti menyebut kalimah teragung, Ya ALLAH Ya Rasulullah. Aku genggam tangan emak erat2, sejuk tangannya. Doktor pakar minta emak di hantar ke hospital besar Kuala Terengganu kerana tiada alat utk merawat emak, cukuplah xray dan result kesihatan emak utk rujukan hospital besar. Hatiku berdebar saat doktor tak dapat lakukan apa2 utk emak.. Kekuatan terzahir di bibir yang lemah ini saat aku lihat dan genggam tangan emak " mak, klo kiter harap pada manusia, manusia tak boleh buat apa2, kiter berharap pada ALLAH ye, andai kata ALLAH nk bagi mak sembuh, sembuhlah mak, andai ALLAH nak ambik mak, nanti kiter pon ALLAH ambik jgk".... Mak angkat tangan sambil berdoa " Ya ALLAH, ampuni aku, hidup dan matiku hanya kerana ALLAH"... Redhalah aku jika itu ketentuanNya..

Saat petugas bantu siapkan mak utk di masuk ke dalam ambulans, saat tu aku  terdengar kalimah "Ya ALLAH, ya Rasulullah" di bibirnya tanpa henti. Emak kuat.. Fist time aku duduk dalam ambulans teman emak utk di hantar ke hospital besar. Saat aku merenung emak, matanya redup melihat aku dan kakak sambil tersenyum, tapi seakan hampir jauh pandangannya, utk jauh meninggalkan kami.. Iya, pandangan emak kali terakhir kepada kami... Mak, mataku tak sempat menipu saat melihat emak, aku kuatkan hati walau berlinang air mata ni. Aku kena kuat macam emak. Dalam hati tak putus2 berdoa semoga di permudahkan segala urusan emak.

Setiba di hospital besar, ayat terakhir emak adalah "hujankah". Aku menjawab, "tak mak, bunyi aircond ambulans, sedangkan masa tu cukup panas cuaca di luar. Saat terakhir jgk sebelum kami lepaskan emak ke bilik kecemasan.. Beberapa minit kemudian, doktor jumpa kami dan mengatakan emak mengalami sesak nafas sebelum di check keadaan kesihatannya, emak kritikal padahal seketika tadi kami berbual. Emak, kami ada di sisi emak saat2 terakhir emak tinggalkan kami. Ya ALLAH, terima kasih Ya ALLAH di atas kekuatan utk ajar mak mengucap dua kalimah syahadah, hanya lidah dapat mak gerak sedangkan jasad semakin kaku, mata semakin layu.. LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADULRASULULLAH... Damailah emak bersama para solehin, moga emak syahid di jalan ALLAH. Alhamdulliah, segalanya dipermudahkan dgn cepat, surat kematian, van jenazah, persiapan & kelengkapan emak di rumah. Allahurabbi, saat van jenazah mula berjalan, hujan turun renyai2.. ALLAH makbul permintaan emak sebentar tadi...

Terima kasih YA RABBI kerana pinjamkan kami emak yang cukup sempura, cukup penyanyang. Ya ALLAH, terima kasih kerana ENGKAU makbulkan doa hamba yg lemah lagi hina ini utk berbakti kepada emak hingga ke akhir hayatnya.

Saat bersama emak, saat yg paling indah. Emak suka di mandikan, di lap badan, saat terakhir pun ALLAH izinkan kami mandikan emak, Subhanallah emak cukup cantik, cukup berseri sehingga ditanya apa amalannya... saat pertama kali aku teman emak ketika sakit, saat terakhir aku hantar emak kembali menghadap PENCIPTA hakiki..

doa mengiringimu pergi menghadap ILAHI.. Semoga kita ketemu lagi mak, anakmu cuba persiapkan diri utk berjumpa Sang PENCIPTA hakiki... matikan kami dalam iman, matikan kami dalam Islam...

AL-FATIHAH utk bonda yang paling ku sayang....
Merinduimu terlalu indah emak...
Ya ALLAH, rahmatilah emak, insan yg paling ku sayangi.......